Adam Bukan Pegawai Khas Saya – Zuraida

AIDCNews – 17/04/17 –“Adam Rosly bukan pegawai khas kepada saya”

Itu jelas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sekaligus menafikan kenyataan yang dibuat oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah sebelum ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dilaporkan berkata, Ketua Angkatan Muda PKR Ampang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu itu juga tidak pernah menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Inilah budaya PKR .. Bila ada hal terus tak mau mengaku ada kaitan.

“Bila dah ada hal terus tak mengaku menjadi Pegawai Khas .. kalau tidak tu buat senyap bila jawatan itu dikaitkan dengan Zuraida oleh hampir semua media dari arus perdana ke media maya,” ulas Hanisya Abdul Hamid

Bekas aktivis PKR itu berkata demikian ketika mengulas sepucuk surat daripada Setiausaha PKR Ampang yang menafikan Adam sebagai pengawai khas Zuraida.

Sementara itu, BNBBC.my melaporkan Zuraida kini sedang berusaha keras untuk memadamkan rekod-rekod lama perkaitannya dengan Adam selepas Ketua AMK Ampang itu ditahan SPRM.

“Meskipun tiada ‘hitam putih’ atau sebarang dokumen yang membuktikan pelantikan Adam sebagai pegawai Zuraida, namun menurut sumber, semua ahli PKR Ampang tahu tentang hubung kait antara Adam dan Zuraida.

“Penafian Zuraida itu juga dilihat tidak tidak selari dengan segala aktiviti Adam yang sering dimuatnaik dalam laman sosial Facebook dan Instagramnya sejak 2008 mengenai kekayaan beliau.

“Adam bagaimanapun telah memadam akaun tersebut sejak kekecohan mengenai rumah ‘Disneyland’ nya yang terletak di Ampang didakwa bernilai RM7 juta.

“Begitu juga dengan rumah keduanya di Putrajaya yang bernilai RM800 ribu dimana sebelum ini beliau turut memuatnaik dalam akaun yang sama.

“Selain itu, segala aktiviti di Ampang yang beliau menjadi wakil kepada Zuraida turut dimuatnaik sebagai catatan program yang PKR anjurkan,”lapor portal itu.

Advertisements

3 thoughts on “Adam Bukan Pegawai Khas Saya – Zuraida

  1. Budaya yg di tiru dari amalan Nuar ,bila seorang yg sangat di’sayangi’ dan sangat penting sehingga di beri kepercayaan memegang fail rahsia yg besar ,iaitu senarai beberapa MP(sebenarnya bilangannya beberapa orang saja,tak cukup kuota pun) yg bersedia melompat bagi membolehkan Nuar jadi PM,tapi hanya dikatakan sebagi budak pembancuh kopi,bila kes sodomi 2 muncul.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s