DAP Bersedia Tanding Tiga Penjuru PRU 14

AIDCNews – 17/04/17 –DAP bersedia bertanding tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan PAS khususnya di Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Perkara itu ditegaskan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali yang mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang menyatakan kesediaan PAS bertanding lebih 40 di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Muktamar PAS memutuskan tahuluf siyasi dengan PKR.

Sheikh Omar yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata PAS hanya mementingkan diri sendiri, justeru itu hasrat pembangkang untuk bersama di peringkat negeri dan nasional sukar direalisasikan.

“Kemenangan di mana jua kerusi yang ditandingi oleh DAP, Bersatu, PKR dan Amanah baik di peringkat parlimen mahupun DUN akan menjadi sasaran kerja utama pada pilihan raya nanti.

“Apa jua cabaran termasuklah kemungkinan untuk berhadapan pertandingan 3 penjuru akan dihadapi dalam bentuk kolektif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mahfodz berkata PAS bersedia meletakkan lebih 40 calon di negeri itu di peringkat DUN dan Parlimen sekiranya Majlis Syura Ulama memutuskan untuk tidak lagi menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain.

“Bagaimanapun, keputusan bertanding berapa banyak kerusi bergantung kepada keputusan Muktamar Pas nanti sama ada memutuskan hubungan atau tidak dengan PKR, yang kemudian perkara itu ditentukan pula oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen PAS Johor yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat Dr. Sanusi Daeng Mariok di Parit Sulong.

Katanya, PAS kini telah bersiap siaga menjalankan persiapan sejak empat bulan lepas melalui program-program turun padang dan gerak gempur di semua kawasan-kawasan yang dimenangi parti itu.

Antara kawasan tumpuan parti itu ialah DUN Maharani, Puteri Wangsa, Sungai Abong dan Parit Yaani.

“Kita juga akan menerima senarai calon dari semua kawasan dan hanya meletakkan mereka yang boleh membawa kemenangan kepada PAS,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s