Dewan Pemuda PAS Selangor Luluskan Usul Putuskan Hubungan Dengan PKR

AIDCNews – 17/04/17 –Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS) yang selesai mengadakan Muktamar Tahunan di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) semalam telah meluluskan usul memutuskan hubungan politik dengan PKR.

“Muktamar Dewan Pemuda PAS Selangor, usul memutuskan hubungan dengan PKR diterima sebulat suara…

“Dewan Sivik padat dengan Jentera Pilihanraya PEMUDA PAS SELANGOR…

“Kami bersiap untuk hadapi PRU14 bersama Gagasan Sejahtera…,” lapor aalam.aabidullah dalam Facebooknya.

Laporan itu disambut oleh Sharifah Zaharah yang turut mendedahkan bahawa Dewan Muslimat PAS Selangor juga meluluskan usul yang sama, iaitu memutuskan hubungan dengan PKR.

“Walaupun kita putuskan tahaluf siyasi dengan PKR, itu tidak bermakna kita putus dengan Kerajaan Selangor. Kita putus kerjasama PRU saja. Dan exco juga atas perkenan Sultan. Ni yang diterangkan tadi.

“Juga kata perasmi ada ke kita risau tiada kerjasama (politik dengan) PKR maka kita kalah…perancangan Allah tiada siapa yang tahu,” lapornya.

Muktamar Dewan Muslimat PAS Selangor yang diadakan di Dewan Sri Kasih, Bandar Tun Hussein Onn telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS pusat, YB Dato’ Nik Amar Abdullah.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad juga turut hadir untuk memberi ucapan alu-aluan.


Advertisements

2 thoughts on “Dewan Pemuda PAS Selangor Luluskan Usul Putuskan Hubungan Dengan PKR

  1. Jangan tinggalkan Kerajaan Selangor ,sehingga PRU 14 di umumkan.Tapi,berhentilah dari berkerja sama utk memberi kuasa kepada DAP dan sekutunya Melayu liberal PKR..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s