Nasrudin Sah Tanding Naib Presiden PAS


AIDCNews – 18/04/17 –Anggota Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari ini mengesahkan beliau bersedia menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS pusat bagi sesi 2017-2019.

“Saya dengan segala rendah diri menerima pencalonan Naib Presiden PAS bagi sesi 2017-2019 itu atas sifat dan semangat fastabiqul khairat (berlumba-lumba melakukan kebaikan),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jawatan Naib Presiden PAS pusat kini disandang oleh Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sebelum ini, seorang lagi calon, Datuk Takiyuddin Hassan telah menarik diri daripada pencalonan jawatan tersebut.

Sementara itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula dilaporkan menang tanpa bertanding Ketua Dewan Pemuda PAS pusat manakala Khairil Nizam Khiruddin sebagai Timbalan Ketua dan Ahmad Fadhli Shaari pula sebagai Naib Ketua.

Bagi Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh dilantik sebagai Ketua, Rosni Adam sebagai Timbalan Ketua dan Salamiah Mohd Noor dilantik menjadi Naib Ketua.

Dalam pada itu, kesemua jawatan bagi Dewan Ulama juga menyaksikan tiada pertandingan.

Advertisements

One thought on “Nasrudin Sah Tanding Naib Presiden PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s