Tempoh Reman Jutawan Muda PKR Disambung 4 Hari Lagi

PUTRAJAYA – Tempoh reman terhadap seorang pemimpin muda PKR Selangor dilanjutkan empat hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dimilikinya.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman sehingga 22 April ini selepas permohonan lanjutan itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MALAYSIA (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Lelaki bergelar ‘Datuk’ berusia 28 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.18 pagi tadi oleh pegawai SPRM dan dilihat memakai baju lokap berwarna jingga dengan kedua-dua tangannya bergari selepas tempoh reman lima hari sejak Jumaat lepas berakhir hari ini.

Pemimpin muda PKR itu ditahan semasa hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada 13 April lepas bagi memberi keterangan berhubung siasatan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Lelaki tersebut menjadi tumpuan selepas media melaporkan kemewahan luar biasa termasuk ng didakwa memiliki banglo bernilai jutaan Ringgit dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, Ketua UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM. – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Tempoh Reman Jutawan Muda PKR Disambung 4 Hari Lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s