Dr Chen Man Hin Kesinambungan Benih PAP Ke Dalam DAP

AIDCNews – 19/04/17 –Organ DAP roketkini.com mengangkat imej Penasihat Seumur Hidup parti itu, Dr Chen Man Hin sebagai ‘bapa bangsa Malaysia’ taraf yang lebih tinggi berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Rencana bertajuk “Chen Man Hin: Pengasas perjuangan Bangsa Malaysia” tulisan wartawan Roketkini, Izmil Amri menyebut sejak Singapura bercantum dengan Persekutuan Tanah Malayu dalam Malaysia pada tahun 1963, Dr Chen merupakan pewaris awal parti Singapura, PAP (People Action Party).

Dakwa organ DAP itu, keteguhan Dr Chen menganut ideologi perjuangan PAP (disebut dalam bahasa Melayu sebagai Parti Tindakan Rakyat atau Petir) terpahat melalui logo parti itu yang dipasang di dinding kliniknya, di Jalan Tuanku Munawir, Seremban.

“Ketika sedang belajar (di Singapura) pun Dr Chen sudah mempunyai minat yang mendalam terhadap politik. Ketika itu PAP telah menjadi kerajaan di Singapura, dan Lee Kuan Yew telah menjadi Ketua Menterinya.

“Dr Chen berkata beliau begitu tertarik dengan gaya pentadbiran Kuan Yew,” tulis Izmil.

Dalam wawancara itu, Dr Chen memberitahu ketika Singpura berpisah daripada Malaysia pada 1965, pengasas PAP Malaysia iaitu dirinya sendiri, Chan Kok Kit dan Devan Nair telah menubuhkan parti baharu yang dinamakan DAP.

“Sebaik selepas berpisahnya Singapura pada tahun 1965, kami berbincang. Kerana pergerakan telah bermula, dan perjuangan perlu diteruskan. Maka kami putuskan untuk teruskan sahaja.

“Devan Nair, saya sendiri, Kok Kit, dan beberapa teman lain, kami berbincang. Apa yang perlu kita buat sekarang. Masalah dalam negara masih belum selesai, kita perlu terus berjuang.

“Walaupun lukanya sudah tiada, duri-durinya masih ada. Kita tidak boleh berputus asa,”kata Dr Chen.

Tidak seperti Dr Chen dan Kok Kit, Devan Nair semakin dipinggirkan dalam sejarah DAP, walaupun dia merupakan salah seorang pengasas parti itu.

Aktivis DAP, M. Manoharan mempersoalkan sikap DAP yang meminggirkan nama Devan Nair tetapi dalam masa sama mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Jelasnya, DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding ‘pemimpin’ lain dalam parti.

“Layanan ini sungguh berlainan jika mahu dibandingkan dengan Chin Peng yang meninggal dunia baru-baru ini. Rata-rata pemimpin DAP menunjukkan sokongan terhadap perjuangannya, ada juga Ahli Parlimen DAP dan penyokong yang telah memberikan penghormatan terakhir di Thailand, blog juga penuh dengan cerita Chin Peng. Devan Nair langsung tiada.

“Apakah jenis jasa Chin Peng terhadap parti jika dibandingkan dengan Devan Nair? Penyokong parti juga ingin tahu mengapa Devan Nair seolah-olah sudah dilupakan, saya mohon DAP untuk segera betulkan keadaan ini,” katanya.

Kritikan pedas M. Manoharan terhadap ketidakadilan ‘bangsa Malaysia’ dalam DAP sebelum ini menyebabkan dia tidak dipilih semula untuk mengekalkan sebagai calon parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah, Selangor.

“Potret Devan Nair tidak pernah digantung di mana-mana, tidak pernah ada apa-apa program yang dibuat untuk memperingati hari lahir atau kematian beliau dalam parti, malah tidak ada maklumat atau biodata beliau dalam laman rasmi DAP atau Roketkini.

“Adakah ini adil dan sesuatu yang betul? Beliau adalah pengasas parti ini. Mengapa mahu dilupakan begitu sahaja? Tidak ramai yang tahu perjuangan dan pengorbanan Devan Nair, bukankah parti bertanggungjawab menjaga sejarah ini,”bidasnya.

AIDC dalam buku “DAP bahaya kepada Melayu-Islam di Malaysia” (2017) mendedahkan Dr Chen mempertahankan Chin Peng sebagai ‘Pejuang Kebebasan Tanah Melayu’.

“Adalah tidak benar bahawa Chin Peng membunuh mereka (anggota polis Melayu) dengan kejam. Terdapat perang gerila berlaku pada masa itu.

“Chin Peng adalah pemimpin Barisan Pembebasan Tanah Melayu, yang merupakan sebahagian pergerakan Komunis dunia,” kenyataan Dr Chen dipetik.

Buku itu turut mendedahkan Kok Kit yang disebut Dr Chen sebagai pengasas DAP merupakan aktivis Komunis tanpa bersenjata yang diserap masuk dalam pertubuhan politik berdaftar seperti DAP

Aktivis Komunis tanpa bersenjata itu diistilahkan sebagai ‘Communist United Front’ (CUF) dan di atas alasan terlibat dalam kegiatan subversif itu, Kok Kit telah ditahan ISA pada 2 November 1976.

AIDC turut mendedahkan ketika awal penubuhan DAP, Dr Chen selaku Pengerusi DAP telah menggunakan pengaruhnya melantik Dr Sinnathamby Seevaratnam (S.Seevaratnam) sebagai Bendahari DAP pusat.

Dr S.Seevaratnam merupakan abang kepada Sinnathamby Rajaratnam (S. Rajaratnam) yang merupakan salah seorang Pengasas PAP di Singapura.

Running dog PAP, S Rajaratnam (kiri) melaporkan kepada Kuan Yew (kanan)

S. Rajaratnam yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Singapura dianggap sebagai ‘running dog’ Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Dedah buku itu, sebelum penubuhan DAP, Lim Kit Siang menetap di Singapura di bahagian media dan jabatan maklumat di bawah kawalan S. Rajaratnam.

Ketika PAP menyertai PRU Malaysia 1964, Kit Siang merupakan pemantau Kerajaan PAP Singapura.

Kit Siang turut dihantar ke Parlimen Kuala Lumpur pada 1965 untuk mengikuti pengisytiharan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj menyingkirkan Singapura daripada Malaysia.

Ketika Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun itu, Kit Siang masih berkerja bagi pihak Kerajaan Singapura.

Kit Siang hanya kembali ke Malaysia pada tahun 1966 ketika DAP ditubuhkan, mengikut jejak Devan Nair di mana selepas itu Devan Nair telah dipujuk Kuan Yew meninggalkan Malaysia untuk kembali semula ke Singapura.

Gambar AIDCNews Jadi Rujukan Portal Singapura

Bekas Aktivis PAP Dilantik Penasihat Seumur Hidup DAP

Advertisements

4 thoughts on “Dr Chen Man Hin Kesinambungan Benih PAP Ke Dalam DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s