Pemimpin DAP Melayu Dicemari Skandal Maksiat

Malayan News – Gambar mesra antara 2 pemimpin Melayu DAP iaitu Dyana Sofya dan Zairil Khir mulai tersebar di laman media sosial telah menyaksikan skandal terbaru dan hangat di Malaysia melibatkan kedua-dua pemimpin politik Melayu DAP.

Gambar-gambar intim kedua-dua pasangan merpati sejoli ini terdedah dengan perbuatan yang menjijikkan dan langsung tidak mencermin seorang pemimpin yang bercirikan Islam dan Melayu.

Awal Mac lalu kita dikejutkan dengan video berdurasi 15 saat memaparkan seorang lelaki berkaca mata yang dipercayai Zairil Khir menari dengan seorang wanita tersebar di media sosial. Zairil hanya melarikan dan cuba mengelakkan diri dari media untuk meredakan isu.

Kali ini, isu Zairil dan Dyana dihangatkan lagi dengan Zairil sekali lagi berdepan dengan gambar intim termasuk adegan bercium dan gambar Dyana Sofya yang sedang menikmati minuman yang dipercayai minuman keras iaitu ‘red wine’.

Gambar intim ini semestinya meloyakan semua orang kerana sikap dan perbuatan sebegini adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam.

Gambar intim adegan mesra ini jelas menampakkan wajah Zairil dan Dyana. Hal ini sememangnya mengundang polemik baru untuk Zairil dan Dyana menjelaskan kepada rakyat hubungan terlarang mereka.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Jelas sekali ajaran-ajaran yang diterima kedua-dua pemimpin Melayu DAP ini bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak sepatutnya berlaku.

Mereka umpama menghalalkan perbuatan maksiat dan membenarkan perbuatan tidak senonoh berlaku. DAP hanya membiarkan pemimpin mereka khususnya pemimpin Melayu untuk teruskan maksiat. Itu lah DAP parti liberal!

Advertisements

One thought on “Pemimpin DAP Melayu Dicemari Skandal Maksiat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s