Rumah Pemimpin PKR Bernilai RM1.2 Juta Disita


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita rumah bernilai RM1.2 juta di ibu negara milik seorang pemimpin PKR berhubung siasatan dakwaan kekayaan luar biasa.

Menurut sumber, rumah itu disita bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Pemimpin itu dijangka dituduh pada Jumaat mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan, menurut sumber berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Khamis lepas, SPRM menahan pemimpin terbabit bagi membantu siasatan. Pemimpin itu juga dilaporkan memiliki beberapa kereta mewah – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Rumah Pemimpin PKR Bernilai RM1.2 Juta Disita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s