Along Sepatutnya Dibanteras, Namun Jutawan Muda PKR Dapat Pinjaman Istimewa

AIDCNews – 21/04/17 – Kegiatan along sepatutnya dibanteras habis-habisan, namun PKR Selangor dilihat bertindak sebaliknya apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah mendapat pinjaman istimewa daripada yang berkaitan dengan kongsi gelap itu.

“Along sepatutnya dibenteras habis-habisan tetapi Adam Rosly boleh jumpa buat pinjaman RM500,000 kerana nak beli agam Disneyland bernilai RM1.2 juta.

“Belum PKR memerintah negara lagi .. baharu kongsi memerintah Selangor dengan Timbalan Presiden PKR menjadi MBnya,”kata Hanisya Abdul Hamid mengulas pendakwaan jutawan muda PKR di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ulas Hanisya lagi di dalam kertas pertuduhan itu Adam yang juga Ketua AMK Cabang Ampang merangkap Ketua Penerangan AMK Selangor telah meminjam lebih kurang RM500,000 daripada ‘along Leo’ untuk membayar pembelian satu unit banglo di bernilai RM1.2 juta.

“Pinjaman daripada along dan beberapa individu terbabit dibuat kerana beliau tidak dapat membuat pinjaman pada bank,” ulasnya.

Adam didakwa memberi maklumat itu semasa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Februari lalu di Putrajaya.

Selain pinjaman daripada ‘along Leo’, Adam juga mendakwa mendapat kewangan daripada ibu mentua (RM100,000), nenek (RM100,000), jualan kereta dan gaji pengurusan flat (RM250,000) dan perniagaan (RM250,000).

“Bagaimanapun pada 22 Februari, Adam Rosly memperbetulkan kenyataannya.

“Katanya dia meminjam RM555,165 daripada (along) Leo untuk tempoh dua tahun dan untuk menyokong pengakuannya itu, beliau mengemukakan dokumen sokongan kepada SPRM.

“Daripada jumlah itu Adam Rosly berkata dia sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115.

“Keterangan diberi Adam Rosly itu didakwa palsu dan dia hari ini didakwa mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” ulas Hanisya lagi.

Advertisements

One thought on “Along Sepatutnya Dibanteras, Namun Jutawan Muda PKR Dapat Pinjaman Istimewa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s