Jutawan Muda PKR Didakwa Beri Keterangan & Dokumen Palsu

AIDCNews – 21/04/17 – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu bagi memperdayakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adam Rosly, 30, didakwa di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla), yang berkait kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan pada Februari lepas.

Kedua-dua kesalahan itu boleh membawa hukuman denda sehingga RM3 juta dan penjara tidak melebihi 5 tahun.

Adam tiba di mahkamah hari ini dengan berbaju lokap berwarna jingga, dan diwakili peguamnya, Ahmad Zaidi Zain telah memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s