PAP ‘Bunuh’ Watak Othman Wok Apabila Sembunyi Rahsia Kahwin Dua

AIDCNews – 21/04/17 – Walaupun Othman Wok dianggap sebagai ‘kafir’ oleh pengundi Melayu-Islam Singapura semata-mata untuk mempertahankan PAP, namun Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew membunuh wataknya sebaik sahaja mengetahui identiti isteri keduanya yang dirahsiakan.

Kerana taat setia kepada Kuan Yew, beliau telah menerima ganjaran jawatan menteri kebudayaan dan hal ehwal sosial antara 1963 hingga 1977.

“Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad.

“Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) dan seluruh masyarakat Islam,”dedah blog tangisanmelayu dalam artikelnya bertajuk “Othman Wok tersedar di hujung usia

Tambahnya, Othman Wok merupakan watak politikus Melayu yang memperdayakan Melayu agar memberi undi untuk mengekalkan hegemoni politik orang Cina di Singapura.

“Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku (Abdul Rahman). Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.

“Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku,” dedahnya lagi.

Sungguhpun Othman Wok disayangi Kuan Yew, namun wataknya mula ‘dibunuh’ secara perlahan-lahan dengan alasan merahsiakan perkahwinan dengan isteri kedua walaupun ia bukan satu kesalahan menurut perundangan Islam.

“Walaupun Othman Wok merupakan sahabat karib Kuan Yew tetapi kerana merahsiakan hal peribadinya berkahwin isteri kedua di Thailand dalam tahun 70 an, beliau telah dipanggil oleh Perdana Menteri Kuan Yew setelah mendapat aduan isteri pertamanya Cik Dah Mohammad Nor dua tahun sesudah perkahwinan itu,” dedah Zainuddin Maidin (Zam) dalam artikelnya bertajuk “Lim Kit Siang hilang kelayakan moral untuk menjadi PM

Menurut Zam, perkara itu diakui sendiri oleh Othman Wok dalam buku biografinya “Never In My Wildest Dreams” perihal Perdana Menteri Kuan Yew yang telah memanggilnya dan mengarahkannya “berambus” jika tidak boleh selesai masalahnya berkahwin dua.

Running dog PAP, S Rajaratnam (kiri) melaporkan kepada Kuan Yew (kanan)

Dalam pengakuan itu. Othman Wok memberitahu arahan Kuan Yew akan dilaksanakan oleh orang kepercayaannya, iaitu S. Rajaratnam.

“Mulanya, Rajaratnam Menteri Kanan memanggil Othman dan memberitahunya ‘kami mendapat tahu saudara telah berkahwin isteri kedua sejak dua tahun lalu.Walaupun seseorang Islam boleh mempunyai empat isteri tetapi kami bimbang’

“Othman kemudiannya menemui Kuan Yew dan menyatakan ‘Saya tahu bahawa saudara telah pun dimaklumkan dan Kuan Yew terus bertanya berapa umur isteri keduanya? Othman menjawab 29 tahun.

Ketika itu Othman telah pun mengetahui perlantikannya sebagai Duta Singapura ke Indonesia dengan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Masyarakat tetap dikekalkan.

Menyedari kesilapannya, Othman bertanya pada Kuan Yew apakah beliau masih dikehendaki untuk pergi ke Indonesia sebagai duta.

“Lee Kuan Yew memberitahunya ‘Go ahead,but if you can’t solve your problems, pack up’,” tulis Zam.

Penulis pro-Tun Mahathir membuat pendedahan itu sebagai justifikasi bahawa penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana tidak setanding Kuan Yew dalam mempertahankan prinsip moral.

“Saya menimbulkan pekara ini untuk membandingkan antara DAP di bawah pimpinan Lim Kiat Siang yang keras dan autoritarian yang mahu meniru cara kepimpinan Lee Kuan Yew untuk menegakkan sebuah kerajaan sosialis yang bersih dan bermoral terutama dari segi rasuah seperti kerajaan PAP di Singapura.

“Tetapi sebelum pun berkuasa, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang pada peringkat awalnya nampak mencengkam kuat partinya tetapi akhirnya gagal untuk mendisiplin tidak sahaja pemimpin dan anggota parti tetapi juga anaknya sendiri yang sekarang terpalit sebagai seorang suspect.

“Tidak cukup dengan masalah moral anaknya yang belum selesai tetapi seorang anggota Parlimen DAP di Penang Zairil Mohd Khir Johari yang sudah mempunyai isteri dan anak dikatakan mempunyai skandal dengan ratu cantik DAP Dyana Sofya yang videonya menjadi tular di media sosial.

“Berita terakhir mengatakan Zairil telah memberikan keterangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai hal peribadinya dan Dyana pula dalam penafiannya mengatakan privasinya sudah diceroboh. Selebriti samaada artis,ahli politik,bintang bola sepak dan sebagainya adalah hak rakyat dan hal peribadi mereka adalah rahsia umum.

“Layakkah Guan Eng mendengar kes ini sedangkan beliau sendiri adalah suspect ?,” soal Zam.

Dr Chen Man Hin Kesinambungan Benih PAP Ke Dalam DAP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s