Setiausaha Agung Parti Bebas Rasuah Didakwa Gelapkan Dana Parti

AIDCNews – 21/04/17 –Setiausaha Agung Parti Bebas Rasuah (PBR), S Gobi Krishnan didakwa pecah amanah dan menggelapkan dana ketika memegang jawatan dalam Parti Generasi Baru atau NewGen Party.

Sebelum ini, S. Gobi yang merupakan Setiausaha Agung NewGen Party telah melakukan ‘rampasan kuasa’ dalaman parti apabila memecat kepimpinan parti yang sedia ada diganti dengan kepimpinan baharu diketuai Datuk Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Presiden dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai timbalannya.

Bagaimana pun, Presiden asal NewGen Party, Datuk G. Kumar telah membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mendakwa S Gobi bersama Ezam dan Khairuddin telah merampas parti tersebut dengan menukar nama kepada Parti Bebas Rasuah.

Dari kiri; Mohamad Zaini Jaafar (Pemangku Setiausaha Agung Newgen Party), Datuk Huan Cheng Guan (Naib Presiden Parti Cinta Malaysia) dan Datuk Kumar A/L Silambaram @ Datuk G.Kumar Aamaan (Presiden Newgen Party)

Hari ini, satu laporan polis dibuat mendakwa S. Gobi telah terlibat dalam aktiviti menggelapkan dana parti ketika berjawatan Setiausaha Agung NewGen Party.

Pemangku Setiausaha Agung NewGen Party, Mohamad Zaini Jaafar berkata berdasarkan siasatan dalaman parti itu, S Gobi dipercayai telah menggelapkan yuran keanggotaan parti dan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk kegunaan parti berjumlah RM105,000.

“Bukti penerimaan wang sebanyak RM45,000 yang dimasukkan terus atas nama syarikat Gobi Krishnan juga ada dalam rekod telefon bimbit saya manakala selebihnya ada dalam penyata bank.

“Kami juga mendapati akaun parti tidak aktif sejak 2013 dengan baki terkini adalah kosong,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.

S Gobi dilaporkan telah digantung keanggotaan dan jawatannya oleh kepimpinan NewGen Party yang diketuai Presidennya G Kumar pada bulan lepas kerana didapati melanggar perlembagaan parti kerana melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis panggilan mesyuarat kepada Presiden dan tanpa pengetahuan kira-kira 300 ahli parti itu.

Sebelum ini S. Gobi merupakan bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi PKR pusat telah mendaftarkan NewGen Party pada September 2013 dengan menyasarkan golongan muda sebagai anggota parti.

Ezam & Khairuddin Dituduh ‘Mencuri’, Presiden New Gen Party Lapor Polis

Advertisements

One thought on “Setiausaha Agung Parti Bebas Rasuah Didakwa Gelapkan Dana Parti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s