Guan Eng Beritahu Singapura, Pertembungan PAS & PKR Bermula Dari Langkah Kajang

AIDCNews – 22/04/17 –Ketika bercakap dalam sesi dialog tertutup di Sekolah Pengajian Antarabangsa Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu secara terus terang bahawa Langkah Kajang merupakan titik permulaan pertembungan di antara PKR dan PAS.

Guan Eng berkata Langkah Kajang yang digerakkan Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim pada awal 2014 itu tidak disenangi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya fikir sebab utama Hadi (berubah) adalah kemarahan terhadap Anwar. Anwar membuat Langkah Selangor tanpa merujuk kepada sesiapa. Mungkin saya tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan.

“Selepas itu dia (Anwar) keluar, dia memanggil saya dan (dia) meminta maaf. Saya bersifat lebih pemaaf, jadi saya berkata, sangat malang kamu terpaksa memberi penjelasan.

“Saya fikir untuk Hadi ia adalah sesuatu yang dia tidak boleh terima, kerana ini bukan kali pertama Anwar membuat sesuatu tanpa perundingan. Jadi dari satu segi, saya fikir ini telah membuat Hadi hilang kawalan,”kata Guan Eng yang dirakam dalam dialog tertutup itu.

Rakaman tertutup yang diucapkan Guan Eng pada 10 Disember 2014 itu telah didedahkan oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Facebooknya.

Guan Eng mengakui Langkah Kajang tidak sepatutnya berlaku kerana meletakkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keadaan yang teruk.

“Kami tidak menafikan bahawa krisis Selangor (pada 2014) telah meletakkan kami di dalam keadaan yang sangat teruk. Saya juga bercakap dengan Datuk Seri Anwar untuk memberitahunya bahawa ia telah ditangani dengan sangat teruk, dan dia juga bersetuju dengan saya…

“Ia telah dibuat dengan cara yang sangat sombong dan sangat kotor tanpa perundingan dengan sama ada PAS atau DAP.

“Ini adalah kekurangan dirinya dan dia juga meminta maaf bukan sahaja secara peribadi tetapi juga secara terbuka.

“Tetapi kesilapan telah dibuat…” jelas Guan Eng lagi.

Walaupun Anwar merupakan liabiliti, namun kata Guan Eng berkata Anwar masih merupakan satu ‘keuntungan’ kepada Pakatan Rakyat.

Justeru itu, Guan Eng merumuskan dia lebih selesa jika penasihat umum PKR itu terkurung dalam penjara, berbanding dengan berada di luar penjara.

Guan Eng berkata dengan pemenjaraan Anwar itu ia boleh dijadikan simbol perjuangan yang boleh menakutkan Barisan Nasional (BN).

“Jika dia (Anwar) dipenjarakan, dia akan menjadi satu simbol, dan Pakatan, dengan syarat kami boleh menyelesaikan isu ini, boleh terus bergerak. Kami terus bergerak bila dia dipenjarakan dulu (1999).

“Dan saya masih fikir dia lebih merbahaya di dalam penjara dari di luar penjara untuk BN,” kata Guan Eng yang dirakam dalam dialog tertutup itu.

Advertisements

One thought on “Guan Eng Beritahu Singapura, Pertembungan PAS & PKR Bermula Dari Langkah Kajang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s