Pegawai Khas Guan Eng Nafi Faktor Rasis Noor Syazwani Dipecat Ahli Majlis P.Pinang

AIDCNews – 22/04/17 –Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan sebab rasis merupakan faktor Noor Syazwani Md Amin, 30, telah dipecat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dua hari lepas.

Zaidi Ahmad, pegawai khas Guan Eng berkata Noor Syazwani dipecat selepas berkhidmat sebagai ahli Majlis kira-kira empat bulan yang lalu kerana tidak pandai mengawal kata-katanya sendiri.

“Contoh seorang pemain bola sepak dibuang sebab bila main asyik sumbat gol sendiri atau passing bola kat pihak lawan. Maka sudah tentulah tidak boleh dikekalkan dalam pasukan.

“Cuma ingat pepatah Melayu, ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,”jelas Zaidi dalam satu kenyataan yang disebarkan dalam media sosial hari ini.

Dua hari lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam Mesyuarat Exco telah menamatkan perkhimatan Noor Syazwani tanpa mengemukan sebarang sebab.

Noor Syazwani dilantik pada Januari lalu dan merupakan wakil pertubuhan bukan kerajaan NGO daripada Persatuan Pasar Malam Melayu Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow dalam kenyataan ringkasnya menyatakan bahawa penyingkiran Noor Syazwani dibuat mengikut Seksyen 10 (4) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bagaimanapun tidak dinyatakan alasan penyingkiran tersebut dibuat.

Noor Syazwani Md Amin

Noor Syazwani dilaporkan Malaysiakini hari ini berkata beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri kerana menamatkan perkhidmatannya tanpa sebab yang munasabah.

Bekas Ahli Majlis yang lebih dikenali sebagai Wani, berkata beliau tidak diberitahu secara rasmi mengapa dipecat serta-merta dari jawatannya Rabu lepas.

Beliau hanya mendapat tahu melalui laporan media bahawa telah dipecat selepas MBPP dikatakan menerima aduan mengenai “penyalahgunaan kuasa” yang didakwa dilakukannya.

“Jika ini adalah sebabnya, mengapa tidak dinyatakannya dalam surat penamatan tetapi tiada apa yang telah dinyatakan di situ, saya hanya diberitahu untuk berhenti serta-merta,” kata Wani.

Wani mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang salah laku di pihaknya yang telah menyebabkan beliau kehilangan kerja.

“Jika benar ada aduan mengenai saya, maka berikanlah bukti. Saya yakin untuk berdepan dengan kenyataan.

“Saya tahu di mana saya berdiri, saya tahu hak saya dan saya tahu nilai saya,”katanya.













Advertisements

One thought on “Pegawai Khas Guan Eng Nafi Faktor Rasis Noor Syazwani Dipecat Ahli Majlis P.Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s