PAS Selangor Sedia Tanding 45 Kerusi DUN, 15 Parlimen

HULU SELANGOR: PAS bersedia untuk menawan Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang apabila ia mengumumkan mahu meletakkan calon di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata senarai calon PAS Selangor yang juga termasuk bukan Islam sudah dihantar kepada PAS Pusat untuk dinilai dan dimuktamadkan.

Bagaimanapun pertambahan kerusi yang akan ditandingi PAS di Selangor bergantung kepada perjanjian yang dibuat bersama Pakatan Rakyat (PR) pada 2013, selain kajian melibatkan suasana politik semasa.

“Kita sudah hantar, sudah putuskan nama-nama calon di peringkat Perhubungan Selangor. Ia melebihi 20 kerusi DUN dan Parlimen.

“Dan terkini yang kita lihat senarionya berubah-ubah berdasarkan kajian. Kita bersedia untuk bertanding di 45 kerusi dan sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen.

“Sekiranya tidak ada persetujuan di mana kita tidak terikat dengan persetujuan pada 2013, bermakna ia beri ruang kepada PAS bertanding di mana-mana kerusi.

“Bukan sahaja calon Islam, malah kita ada calon bukan Islam daripada kaum Cina dan India pun kita akan namakan,” katanya kepada pemberita di sidang media Ijtimak PAS Selangor di Dewan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru, hari ini.

Pengumuman itu selepas PAS Pahang dan Perak mengumumkan bilangan kerusi yang mahu ditandingi pada pilihan raya akan datang.

PAS Pahang menyasarkan 30 kerusi DUN berbanding 21 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Bilangan kerusi yang sama juga diumumkan PAS Perak untuk ditandingi pada pilihan raya yang akan datang.

PRU14 dijangka memperlihatkan saingan sengit termasuk pertandingan tiga penjuru, terutama di kalangan pembangkang.

PAS baru-baru ini mengumumkan untuk bertanding di 80 kerusi parlimen, termasuk di kerusi-kerusi pembangkang selepas ia tidak lagi menjalin kerjasama politik di dalam Pakatan Harapan (PH).

Parti itu juga tidak teragak-agak meletakkan calonnya di kerusi pembangkang yang lain, termasuk kerusi ditandingi oleh parti serpihannya, Amanah yang kini menjadi ahli dalam PH – AP

Advertisements

One thought on “PAS Selangor Sedia Tanding 45 Kerusi DUN, 15 Parlimen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s