Pengurusan Kes Rasuah Guan Eng 26 Julai

GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 26 Julai ini untuk pengurusan kes tuduhan rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam pembelian banglo di bawah pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Guan Eng, RSN Rayer dan peguam Li Koon, Hisyam Teh Poh Teik bahawa keputusan lanjut daripada Mahkamah Rayuan di Putrajaya terhadap percubaan kedua-dua defendan mendapatkan pengisytiharan kegunaan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah akan didengar Khamis ini.

Permohonan itu bagaimanapun tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud.

Sebelum ini, kes tuduhan rasuah Guan Eng dan Li Koon yang dijadualkan bermula pada 27 Mac lalu ditangguhkan ke semalam bagi tujuan berkenaan.

7 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan kedua-dua defendan berkenaan terhadap pertuduhan kes yang dibuat SPRM.

Hadhariah berkata, kedua-dua defendan masih mempunyai hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan hak mereka tidak terjejas oleh Seksyen 62 kerana seksyen itu hanya meminta mereka (tertuduh) mengemukakan pembelaan mereka untuk mempercepatkan perbicaraan.

Pada 30 Jun lepas, Guan Eng, 57 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, Li Koon yang juga bekas pemilik banglo itu turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk diri Guan Eng lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Li Koon, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan – SH

Advertisements

One thought on “Pengurusan Kes Rasuah Guan Eng 26 Julai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s