Rafizi Ada Agenda Jahat Kaitkan Adam Dengan PAS

AIDCNews – 25/04/17 –Rata-rata netizen beranggapan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempunyai niat jahat apabila mendakwa Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes mahkamah kerana memiliki kekayaan luar biasa merupakan bekas ahli PAS.

Rafizi mendakwa Adam adalah bekas ahli PAS sebelum menyertai PKR pada 2010, sedangkan semasa dia didakwa di mahkamah, Adam merupakan Ketua AMK Ampang.

“Dia (Adam) masuk PKR 2010 sebelum itu dia anggota PAS, lepas itu ramai yang duduk maki PKR, sebenarnya mereka tak tahu Adam anggota PAS sebelum dia masuk PKR,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.

Rafizi berkata demikian sebagai menjawab kritikan segelintir pihak yang mengaitkan PKR dengan salah laku Adam.

“Kalau tidak ditangani dengan baik dia akan ada kesan kepada parti. Kalau tidak ambil tindakan orang akan kata kesalahan orang lain kami bising tapi bila kena pada parti sendiri kami diam jadi tindakan perlu diambi,kalau tidak ia akan diambil kesempatan musuh politik Pakatan Harapan baik dari UMNO atau PAS.

“Rakyat tidak boleh terima sekiranya kamu (Adam) membuat pinjaman dengan Ah Long, kalau dah tahu tak ada duit kenapa nak beli banglo,” katanya.

Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam mengesahkan Adam merupakan bekas ahli parti Islam itu, namun menukar haluan politiknya selepas tewas dalam merebut jawatan ketua pemuda PAS kawasan Ampang.

“Dulu Adam memang ahli PAS Ampang. Tetapi dia tewas dalam pemilihan ketua pemuda dan terus keluar PAS masuk PKR,” katanya.

Advertisements

2 thoughts on “Rafizi Ada Agenda Jahat Kaitkan Adam Dengan PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s