Rakyat Tak Setuju Pimpinan PKR Pinjam Duit Ah Long Beli Banglo – Rafizi

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly meminjam duit ahlong untuk membeli sebuah banglo mewah di Ampang.

Ujarnya, perkara sebegitu tidak boleh diterima rakyat dan parti perlu mengambil tindakan ke atas Adam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan bertegas jika datuk muda itu dilepaskan begitu sahaja ia hanya akan menampakkan sikap ‘double standart’ pemimpin pembangkang.

“Kalau kita nampak diam dan tidak ambil serius perkara ini orang akan kata… dan rakyat tak salah kalau mereka kata..orang lain kamu (pembangkang) bising tapi kalau orang sendiri kamu diam. Jadi parti mesti ambil tindakan.

“Rakyat biasa tak boleh terima, pinjam duit ah long RM500,000 untuk (beli banglo)..kalau dah tak ada duit, janganlah beli banglo. Maksud saya ini perkara mudah,” ujarnya dalam sidang medianya di Sungai Besi, hari ini.

Adam Jumaat lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memberi penyataan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketika disoal siasat berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliknya.

Dalam keterangannya kepada SPRM, beliau meminjam RM500,000 daripada ahlong untuk membeli sebuah banglo.

Ia berikutan beliau tidak boleh membuat pinjaman bank bagi pembelian hartanah tersebut selain terpaksa meminta bantuan kewangan daripada ibu mentuanya sebanyak RM100,000 serta neneknya yang baru sahaja meninggal dunia Januari lalu sebanyak RM100,000.

Adam juga mendakwa RM250,000 diperoleh daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat sementara RM250,000 lagi hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.

Sejak Adam dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000, hanya Rafizi tampil menggesa agar PKR mengambil tindakan ke atasnya.

“Saya tak ambil mudah perkara sebegini kerana rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Harapan dan PKR, yang tak boleh diambil mudah,” katanya.

Rafizi berkata beliau terpaksa mendiamkan diri sehingga fakta kes diketahui sebelum menyatakan pendiriannya bersabit isu ini – AP

Advertisements

One thought on “Rakyat Tak Setuju Pimpinan PKR Pinjam Duit Ah Long Beli Banglo – Rafizi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s