Kaji Semula Pemberian Kerakyatan 1.75 Juta Bukan Melayu – Bertindak


AIDCNews – 26/04/17 –Satu gabungan NGO Melayu-Islam yang baru ditubuhkan hari ini mengumumkan rancangan untuk mencabar proses pemberian kerakyatan kepada kira-kira 1.75 juta rakyat Malaysia yang menerima status di antara tahun 1957 dan tahun 1970.

Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa taraf kerakyatan hanya akan diberikan kepada pemohon selepas mereka mengangkat sumpah taat setia seperti termaktub dalam Jadual Pertama Perlembagaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun mendakwa kajian menunjukkan prosedur itu tidak dilakukan pada 1957 hingga 1970 ketika memberi taraf kerakyatan kepada 1.75 juta orang bukan Melayu.

“Ini berlaku pelanggaran terhadap proses kewarganegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Oleh itu, kami meminta diberikan ruang untuk mencabar dan mempersoalkan pemberian taraf kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang pernah diberikan. Ini adalah satu peruntukan undang-undang yang perlu dibawa ke mahkamah dan kita nak minta biar mahkamah tentukan,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kebiadaban pertubuhan haram Hindraf yang mempertikaikan Dr. Zakir Naik yang mendapat status Pemastautin Tetap (PR) di Malaysia.

“Sudah banyak kali mereka (Hindraf) memalukan Islam dan terbaharu, mempertikaikan keputusan kerajaan memberi taraf penduduk tetap kepada pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik yang dikatakan sebagai ancaman keselamatan negara.

“Sehubungan itu, Bertindak juga mahu mencabar Hindraf menerusi desakan kepada kerajaan untuk menyemak semula taraf kewarganegaraan ahli-ahlinya sama ada mengikut Perlembagaan atau sebaliknya berdasarkan Perkara 17 dan Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan,” kata­nya.

Advertisements

2 thoughts on “Kaji Semula Pemberian Kerakyatan 1.75 Juta Bukan Melayu – Bertindak

  1. SEtelah di cabar dan diasak bertubi tubi oleh pihak yg tidak pandai berterima kasih ,tamak lagi biadap akhirnya kita akan bersatu juga bagi menghadapai kebiadapan tersebut.Bankit lah Melayu Islam demi mempertahankan maruah ,ugama ,bangsa negara dan hak kita.Kita boleh bertolak ansur ,tapi bukan kepada puak seperti Hindraf dan DAP.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s