Keputusan Muktamar PAS Paling Mendebarkan Azmin – MSO

AIDCNews – 26/04/17 – Penulis politik Mohd Sayuti Omar (MSO) berpendapat keputusan Mukatamar PAS ke-63 paling mendebarkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana ia bakal menentukan kedudukan hubungan PAS dan PKR sekaligus menentukan masa depan politik Timbalan Presiden PKR itu.

“Sekiranya muktamar mengambil keputusan tahalul syiasi dengan PKR terputus, secara automatik hubungan Azmin dengan PAS Selangor juga terpenggal. Mala petaka itu berat bagi Azmin,”katanya dalam tulisan terbaharu bertajuk “Muktamar PAS kenapa Azmin yang berdebar?

Namun, MSO berpendapat PAS tidak akan mengambil keputusan yang memudaratkan kedudukan parti itu di Selangor, khususnya tiga Exco dan Timbalan Speaker DUN Selangor serta penjawat lantikan politik di negeri itu.

“Secara logiknya PAS tidak akan mengambil keputusan demikian. Mungkin akan ada muslihat kalau pun usul itu diterima dengan mengecualikan kedudukan PAS di Selangor.

“Ia boleh diubah atau dipindah sedikit, hubungan PAS dengan PKR di Selangor akan putus dari sudut parti tetapi bukan dari sudut kerajaan. Mungkin ini akan berlaku.

“Boleh jadi juga ketetapan dicapai dalam muktamar itu nanti akan dilaksanakan selepas Piraum (PRU) bukannya sebelum Piraum ke-14? Keistimewaan dan keenakan apabila ada kedudukan dan pangkat tidak siapa berani mengorbankannya dan ia juga perlu dipertimbangkan PAS akan untung dan ruginya.

“Saya juga yakin untuk meredakan keadaan itu kalau PAS menjemput Azmin hadir pada perasmian mukatamr PAS itu beliau akan hadir degan seselambanya,”katanya.

MSO turut berpendapat Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad bakal mengekalkan kemenangannya dalam pemilihan jawatan Naib Presiden parti muktamar nanti.

Ia berdasarkan dua faktor, pertama; Iskandar sebagai bakal calon Menteri Besar Selangor dan kedua; keberanian kenyataan Iskandar yang bersedia bertanding tiga penjuru di Selangor.

“Bagi saya, kedudukan Pesuruhjaya PAS Selangor yang menjadi salah seorang Naib Presiden kini mungkin selamat. Kedudukannya di Selangor yang mana PAS ada menyimpan hajat dan telah membuka “cekandi” nafsunya untuk mengusai Selangor, pastilah Naib Presiden itu menjadi bakal calon MB daripada parti agama (PAS) itu.

“Sudah tentu bakal calon MB akan diselamatkan dalam apa juga game dan perlawanan. Kalau bakal calon tidak diselamatkan macam mana dia hendak dilantik menjadi MB.

“Kenyataan dikeluarkan yang PAS Selangor akan bertanding 45 dari 56 kerusi DUN di Selangor jelas menggambarkan PAS tidak lagi mengharapkan pihak lain memimpin Selangor sebaliknya mereka mengidamnya sendiri.

“Sama ada hasrat itu sebagai mimpi di siang hari atau igauan di senja sore, tetapi itulah kenyataanya. Ada bantal dan tilam untuk PAS Selangor tidur dan ia boleh bermimpi,”katanya.

Advertisements

One thought on “Keputusan Muktamar PAS Paling Mendebarkan Azmin – MSO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s