Mukhriz Punca PPBM Bermasalah – Bekas Pengasas

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendedahkan parti itu mula dilanda badai perpecahan setelah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membawa masuk rakan-rakannya sebagai pemimpin parti.

Tanpa menyebut nama mana-mana individu, Kamarul Azman berkata, sejak perkara itu berlaku ramai ahli, terutamanya pengasas parti itu, tidak senang dengan tindakan Mukhriz.

“Ketika PPBM mula ditubuhkan kita tidak mempunyai masalah dalaman parti, sehinggalah rakan-rakan pemimpin utama di dalam parti dibawa masuk, kemudian dengan mudah mengatur kepimpinan bahagian. Ini menimbulkan rasa tak senang di kalangan ahli,” ujar Kamarul Azman.

“Mukhriz kena jelas apakah yang beliau mahukan di dalam PPBM. Jika beliau benar berhasrat untuk perjuangan di dalam parti, beliau perlu menjadi rasional, jangan terlibat membawa masuk orang-orangnya,” katanya memetik laporan Antarapos.

PPBM sebelum ini menerima tamparan hebat apabila Kamarul Azman yang juga antara pengasas parti itu mengisytiharkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan, berkuatkuasa serta-merta pada Khamis lalu.

Tindakan itu diambil beliau apabila melihat perjuangan PPBM sudah terpesong, malah banyak ahli yang hilang kepercayaan kepada kepemimpinan yang memandang ahli-ahli parti mengikut ‘darjat’ dan ‘kasta’.

Mukhriz semalam mengesahkan wujud pihak menjual pangkat dan jawatan peringkat bahagian parti sebagaimana yang didakwa Kamarul Azman.

Walaubagaimanapun Mukhriz berkata, tiada tindakan akan diambil ekoran individu yang ‘menjual’ pangkat berkenaan sudah meninggalkan parti.

“Jika beliau (Mukhriz) tujukan kenyataan itu terhadap saya, beliau adalah seorang yang paling tidak jujur di dalam perjuangan PPBM. Sedangkan Mukhriz merupakan antara orang yang menimbulkan masalah dengan membawa masuk orang-orangnya, kawan-kawan bermasalah di dalam parti.

“Mukhriz tidak perlu putar-belit. Mukhriz kena jelas siapakah yang dimaksudkan. Dan saya mencabar Mukhriz dalam debat terbuka, jika beliau kata ada bukti, saya pun ada bukti untuk mengatakan antara perkara yang merosakkan parti adalah rakan-rakannya sendiri,” jawab beliau mengenai tuduhan Mukhriz.

Terdahulu, pemimpin kanan PPBM, Datuk Dr. Rais Hussin menafikan dakwaan bahawa terdapat individu yang ditawarkan menjadi Ketua Bahagian PPBM di Johor dengan syarat perlu membayar RM250,000.

Selain menyediakan pejabat kekal bagi tujuan operasi parti, mereka perlu mengekalkan ahli jawatankuasa parti tertinggi sedia ada selain membayar elaun bulanan serta gaji kepada setiausaha parti. – MalaysiaGazette.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s