Presiden Parti Generasi Baru Gesa SPRM Siasat Sumber Kewangan Ezam

Michael Lundang – Siasatan oleh pihak berkuasa bagi dakwaan dan penipuan yang dilakukan oleh Datuk Mohd. Ezam Mohd Nor dan pihak-pihak yang bersengkongkol bersama-sama beliau berhubung dengan penggunaan alamat pejabat, tanda tangan dan anggota parti palsu baru-baru ini.

Presiden Parti Generasi Baru Datuk G. Kumar mendakwa beliau yakin ada pihak yang membiayai Mohd Ezam memandangkan Ezam sebagai bekas penjawat awam tidak mungkin mampu mempunyai wang yang banyak untuk melunaskan segala bentuk bil.

Atas sebab itulah Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlulah menjalankan siasatan sumber kewangan Mohd Ezam sama ada ia datang daripada pembiayaan sendiri ataupun duit rasuah.

Presiden Parti Generasi Baru Datuk G. Kumar berkata beliau berasa sangat hairan di mana letaknya maruah Mohd Ezam apabila menyamar diri beliau sebagai Presiden Parti Generasi Baru. Baru-baru ini Mohd Ezam dilarang menggunakan Parti Bebas Rasuah (PBR) untuk sebarang aktiviti kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) belum mengiktiraf pertukaran kepimpinan parti itu daripada parti terdahulu iaitu Parti Generasi Baru kepada PBR.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak Mohd Ezam untuk menukar Ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan termasuklah menukar nama kepada PBR dan menggunakan logo baharu.

Namun begitu setelah diteliti, terdapat keraguan dalam permohonan yang dibuat melalui Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S. Gobi Krishnan pada 31 Mac yang lalu di lokasi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang tidak wujud dan status dua ahli jawatankuasa yang meragukan.

Sebelum ini Presiden Parti Generasi Baru Datuk G. Kumar mendakwa PBR yang ditubuhkan oleh Mohd Ezam dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak sah kerana merampas parti asal Parti Generasi Baru dengan membuat pertukaran nama tanpa persetujuan kepimpinan asal parti itu.

Advertisements

One thought on “Presiden Parti Generasi Baru Gesa SPRM Siasat Sumber Kewangan Ezam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s