Rafizi Perlu Jawab, Siapakah Penaja Utama Invoke?

pru14.tv – Dalam arus politik perdana hari ini, kewujudan NGO bukan satu perkara yang pelik. Boleh dikatakan, NGO-NGO yang ada pada hari ini tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan hampir separuh daripadanya adalah NGO pro pembangkang. Salah satu NGO yang dilihat cukup aktif adalah Invoke Malaysia yang kononnya diasaskan sendiri oleh Ahli Parlimen Pandan berkenaan.

Kewujudan Invoke ini dilihat sebagai salah satu medium buat Rafizi mengadakan pungutan suara, reforendum dan kajian sikap rakyat Malaysia samada cenderung kepada Pakatan Harapan atau kepada kerajaan. Selain daripada Invoke, satu lagi NGO yang diasaskan oleh Rafizi adalah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).

Kedua-dua NGO ini dilihat cukup aktif menyerang kerajaan terutamanya NOW yang turut mengetengahkan seorang perintis muda di bawah jagaan Rafizi, Akmal Nasir. Apa yang ingin di tanyakan kepada Rafizi adalah, siapakah yang membayai dan menaja kewujudan NGO ini?

Umum sedia maklum bahawa penubuhan sesuatu NGO memerlukan modal yang agak besar. Selain daripada menetapkan hala tuju sesuatu NGO, pembiayaan untuk menggerakkan operasi sesuatu NGO juga memerlukan seseorang yangbenar-benar komited untuk membangunkan NGO berkenaan. Ini kerana, sesuatu NGO tidak boleh dan tidak mampu menjana kewangannya sendiri kerana sifat NGO itu sendiri sebagai Non Profit Organization.

Namun, dari pemantauan yang dibuat di laman web Invoke dan NOW mendapati, pergerakan mereka cukup tersusun dan seolah-olah mempunyai kedudukan kewangan yang cukup kukuh. Lihat sahaja bagaimana saban minggu, Invoke mampu untuk membuat kaji selidik sikap rakyat Malaysia di mana para pengkaji selidik berkenaan menerima bayaran gaji secara bulanan.

Jika dilihat dari apa yang diperolehi oleh Rafizi sebagai Ahli Parlimen, sukar untuk kita rumuskan bahawa Rafizi mampu membayar gaji sebilangan pekerja yang bekerja di bawah Invoke. Malah, Rafizi juga turut menanggung gaji bulanan dan sewa premisnya untuk menggerakkan pusaat operasi Parlimen Pandannya.

Andai yang demikian, sudah tentu timbul persoalan, siapakah yang berada di belakang Invoke? Bukan satu perkara yang menghairankan apabila Rafizi cukup kerap mendesak kerajaan mendedahkan itu dan begini dalam sesuatu isu. Dalam membicarakan hal Invoke, rasanya tidak salah buat Rafizi mendedahkan, siapakah yang berada di belakang kewujudan Invoke dan NOW.

Ini penting kerana pendedahan ini akan selari dengan kemahuan Rafizi yang mahu mewujudkan ketelusan dalam setiap aspek. Apalah guna jika Rafizi hanya tahu mendesak kerajaan melakukan ketelusan sekiranya dirinya sendiri berusaha menutup dan melindungi individu “berduit” dibelakang Invoke dan NOW. Barulah ianya dinamakan keadilan dan ketelusan.

Persoalannya, beranikah Rafizi mendedahkannya?

Advertisements

One thought on “Rafizi Perlu Jawab, Siapakah Penaja Utama Invoke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s