Muktamar PAS Yang Buat PKR Tidak Lena Tidur Malam

AIDCNews – 27/04/17 –Usul Dewan Ulama PAS yang bersetuju agar parti Islam itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR bakal membuatkan parti Keadilan berada di ambang kerisauan hingga tidak dapat tidur lena pada waktu malam, kata Hanisya Abdul Hamid.

Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, bagaimanapun ia tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.

“Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju.

“Menyedari PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan, (namun) tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS,” katanya yang dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, hari ini, ketika membacakan kembali usul yang dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan.

Usul itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan.

Sementara itu, ketika membentangkan usul, perwakilan Negeri Sembilan Mohd Husaini Husin memberitahu, beliau mencadangkan agar PAS memberi kata dua sama ada untuk putus atau tidak dengan PKR.

Antara hujah yang diberikannya, PKR meruntuhkan semangat setiakawan apabila menerima anggota Parlimen Tumpat memasuki parti mereka.

“Usul saya ialah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. (Kalau) nak kaji, (itu) tiga tahun lepas. Kali ini kita nak putus. Nak keputusan nak putus atau tak.

“(PKR) meruntuh semangat setia kawan apabila menerima anggota parlimen kita ke parti dia. Dua tahun PAS bersabar. Sekarang bukan untuk kaji, tapi putus atau tak. Bercerai atau tak,” tegasnya.

Advertisements

3 thoughts on “Muktamar PAS Yang Buat PKR Tidak Lena Tidur Malam

  1. Kalau PAS , bertahaluf dgn PKR sama lah seperti PAS menyokong LGBT dan liberalisma.PAS selama ni pun dah banyak buat dosa bila bersubahat dgn penjenayah seks,dan secara tidak langsung telah menzalimi mangsa penjenayah tersebut dgn menduhnya sebagai pemfitnah.Kesilapan ini adalah kerana PAS terlalu mementingkan keuntungan politik,lalu mengambil tindakan tergesa-gesa ,tanpa meyelidik secara teliti kedudukan sebenar.Jadi dalam soal ini PAS perlu menginsafi kesilapannya,dan segera menjauhi parti yg menjadikan penjenayah tersebut sebagai idola dan pemimpin mereka.Kerana kesilapan PAS juga menjadikan DAP beroleh kemenangan yg besar,DAP juga mula bersikap kurang ajar bila pihak PAS selalu membela DAP ketika mereka akrab dulu.Semuga PAS menginsafi ini semua dan berlapang dada membuat perubahan biar pn terpaksa berhadapan dgn kesukaran dalam politik.

    Like

  2. jangan korbankan kepentingan agama dan bangsa demi undi… seteruk2 umno, teruk lagi DAP PKR yg jelas nyata anti islam, pembohong, pemfitnah, kaki putarbelit… depa tuduh umno bn rasuah tapi depa lagi teruk… isu banglo dan jambatan di penang, isu pengurusan air di selangor adalah bukti nyata…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s