PAS Letak Syarat Untuk Tahaluf Siyasi -Muryidul Am

ALOR SETAR – Meletakkan syarat sebarang kerjasama politik PAS mestilah berlandaskan syariat Islam, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu sedia mengadakan tahaluf siyasi dengan mana-mana parti politik asalkan ia membawa kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata mengambil iktibar pengalaman lepas, PAS akan mengenakan syarat yang mengutamakan Islam sebelum memulakan sebarang kerjasama demi kebajikan, kemakmuran dan kedamaian masyarakat.

“Andainya DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) atau pun mana-mana parti bersedia mengikut syarat yang kita letak maka tak ada sebab kenapa kita tolak. Kita boleh beri kerjasama, sampai sekarang ini masih terbuka.

“Syarat itulah yang penting, Islam mesti memimpin, apa yang Tuhan nak kita buat (sebagai khalifah). Bukan kita nak jadi orang besar, perdana menteri, menteri-menteri atau wakil rakyatnya, tapi apa yang penting siapa saja yang buat (memimpin) mestilah mengutamakan Islam,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat, di sini Khamis.

Hashim berkata PAS juga bersedia untuk mewujudkan blok ketiga yang mungkin berlainan daripada blok-blok politik sedia ada dan jika Pakatan Harapan bersedia menerima Islam sebagai kuasa syariat untuk bekerjasama.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Hashim meminta semua anggota PAS untuk menerima mana-mana bekas anggota parti yang mahu kembali bersama parti. “Saya kira ada antara mereka yang dulunya bersama kita kemudian lari daripada kita, dia nampak di depan laut, di belakang musuh. Kalau dia minta nak tumpang kapal kita, maafkanlah segala kesilapan, segala kealpaan perkara-perkara yang terlajak.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata tiada gunanya kerajaan sedia ada dijatuhkan lalu digantikan dengan parti berfahaman sosialis dan pada masa sama masyarakat meminggirkan gerakan Islam kerana tindakan itu hanya akan memburukkan senario politik negara.

“Kita (PAS) telah berjuang selama lebih 60 tahun untuk menjadi wadah dan menjadi kerajaan, dan jika keadaan ini berlaku apabila kerajaan sekular yang ada dan digantikan dengan sosialis, keadaan akan lebih merumitkan lagi.

“Mungkin dalam keadaan banyak pihak cuba melemahkan Islam menyebabkan kita akan mengambil masa untuk mengumpul kekuatan baharu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada itu,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tandop di sini.

Tidak menamakan mana-mana parti yang disifatkan berfahaman sosialis itu, Ahmad dilihat merujuk kepada parti pembangkang PKR dan DAP yang bercita-cita besar untuk memerintah negara.

Mengingatkan anggota PAS supaya berusaha keras menghadapi pilihan raya umum ke-14, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS bukan sahaja bertekad untuk terus kekal berkuasa di Kelantan malah bercita-cita untuk merampas kembali Kedah.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS juga berusaha untuk menawan tiga lagi negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Selangor.

“Dalam konteks Selangor, kita cuba semaksimum mungkin untuk menerajui Selangor, sekarang pun PAS terajui jika dibandingkan dengan PKR dengan 13 kerusi asalnya. Kita tengok macam mana nanti sama ada (PAS) dapat menerajui kepimpinan Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS.

Katanya PAS selaku parti pembangkang masih ada hubungan dengan PKR di seluruh negara dalam misi menawan Putrajaya, tetapi memutuskan kerjasama dengan DAP, dan komponen Pakatan Harapan.

Menyifatkan Parti Amanah Negara sebagai “pengacau” kepada cita-cita parti pembangkang termasuk PAS untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN), beliau berkata: “Amanah ganggu semua orang dan rosak (rancangan) pembangkang menumbangkan BN pada PRU14, “Apa yang penting jangan ganggu kerusi PAS dan ada lebih 100 kerusi lain yang boleh beri tumpuan jangan tumpu kerusi PAS yang dah dibina kerana tiada nilai tambah pada pembangkang,” katanya.
— BERNAMA

Advertisements

2 thoughts on “PAS Letak Syarat Untuk Tahaluf Siyasi -Muryidul Am

  1. PAS tak perlu terlaung-laung pasal kesediaan bertahaluf ni,nampak macam nak jual diri pulak.Yang penting PAS teruskan kerja politik dan dakwahnya secara Islamik tulin.Allah tentu akan datangkan sekutu yg boleh membatu sama ada secara sedar atau tidak,ianya tidak semesti secara bertahaluf.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s