PAS Perlu Bertegas Isu Tahaluf Siyasi Dengan PKR – Dewan Ulama PAS Selangor

ALOR SETAR – Pas didesak bertegas berhubung isu tahalluf siyasi bersama PKR.

Perwakilan Dewan Ulama Pas Selangor, Nik Bakri Nik Mat berkata, pihaknya telah membuat ketetapan berhubung isu itu namun menunggu parti memuktamadkan.

“Kami sudah buat keputusan tetapi tak mahulah dahului keputusan parti. Kalau boleh mahu putus segera (PKR) kerana menyinggung kita dengan penghinaan kepada tuan guru kita terutama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya, ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama, hari ini.

Sehubungan itu, Nik Bakri secara menyindir ‘menasihati’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar tidak bermulut celupar dengan menghina ulama.

“Menteri Besar Selangor dari PKR sebelum ini gelar seseorang sebagai ‘tok lebai yang kalah tersungkur’. Ini suatu penghinaan, kami tak boleh terima,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan pudarnya pejuang ulama susulan dikelilingi jawatan sehingga hilang fokus perjuangan.

“Marilah kita letak kepercayaan penuh kepada kepimpinan ulama presiden,” katanya – SH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s