Beranikah Pakatan Harapan Desak Azmin Pecat PAS Dari Kerajaan Negeri Selangor

AIDCNews– 28/04/17 – Jika tidak berpuas hati dengan kedudukan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, beranikah pimpinan Pakatan Harapan (PH) mendesak Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memecat tiga exco parti Islam itu dari kerajaan negeri, soal akar umbi PAS.

“Kalau pemuka-pemuka PANDAPPKR rasa tak puas hati jugak, desak je lah MB Selangor, Azmin Ali agar memecat exco-exco PAS di Selangor tu…PAS takda masalah..amacam?,” kata Ibnu Noor dalam Facebook.

Ia dipercayai merujuk kepada gesaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail supaya PAS melepaskan semua jawatan kerajaan Selangor jika parti itu memutuskan hubungan dengan PKR.

Saifuddin menyifatkan usul PAS memutuskan tahaluf siyasi semasa persidangan muktamar seperti menyerang PKR termasuk timbalan presiden parti itu, Azmin Ali

Menempelak gesaan PKR itu, Ibnu Noor mengimbau kembali ugutan DAP dua tahun lepas yang akan keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor, sekiranya Azmin tidak memecat tiga Exco PAS.

“Awat geng ni tak nak desak DAP keluar dari kerajaan Selangor?

“Bukan PAS yang suruh, DAP Selangor sendiri yang ANCAM dan UGUT sebelum ini..Awat tak keluar jugak? Tiada pendirian atau sebab fulus jugak ka? Cer jawab..,” soalnya.

Huzir Sulaiman pula percaya Azmin tidak akan memecat Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor kerana parti Keadilan itu sangat bergantung kepada sokongan akar umbi PAS.

“Azmin berani ke nak pecat Exco PAS ? Tengok gaya dia lebih lembik daripada Rafizi. Ha ha ha,”katanya dalam Facebook.

Advertisements

One thought on “Beranikah Pakatan Harapan Desak Azmin Pecat PAS Dari Kerajaan Negeri Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s