Pemuda PAS Lulus Usul Cerai Talak Tiga Dengan PKR

ALOR SETAR- Dewan Pemuda PAS meluluskan usul mendesak PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan ‘cerai talak tiga’, selepas mendapat persetujuan sebulat suara para perwakilan muktamar tahunannya.

Usul, yang dicadangkan wakil Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Abdul Rahmat Che Mat, diterima pada sesi perbahasan muktamar Dewan Pemuda, yang bersambung hari ini dan dihadiri kira-kira 600 perwakilan.

Abdul Rahman semasa membentangkan usul itu berharap perkara itu dipertimbangkan dan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS segera.

“Kita rasa apa yang berlaku antara PAS dan Pakatan Harapan tidak boleh diteruskan kerana pelbagai serangan dan celaan terhadap presiden parti hingga menjejaskan PAS.

” Walaupun sebelum ini kita bertahaluf siyasi dengan mereka tetapi apa yang terjadi membolehkan kita memutuskan hubungan dengan mereka dengan cerai talak tiga,” katanya pada muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS ke-58 di Kompleks PAS Kedah, di sini.

Usul berkenaan selari dengan usul tanpa bahas di muktamar Dewan Ulama semalam, yang mendesak agar PAS Pusat membuat keputusan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, daripada asyik ‘mahu mengkaji hubungan itu’.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias, yang menyokong usul itu, menyifatkan ia tepat pada masanya.

“Di Pulau Pinang sendiri, PKR dan DAP mengabaikan nasib orang Melayu beragama Islam terutama isu berkaitan tanah dan terikut-ikut dengan telunjuk DAP. Sebab itu kita rasa sudah sampai masa hubungan ini diputuskan,” katanya.

Katanya, PAS Pulau Pinang kesal kerana dianggap tidak mesra pembangunan apabila membuat teguran mengenai perkara itu sedangkan ramai orang Melayu yang memberi amanat pada pakatan pembangkang (ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Mereka sibuk nak cerita untuk selamatkan Malaysia sedangkan orang Melayu beragama Islam di negeri itu siapa nak selamatkan dan beri pembelaan,” katanya – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Pemuda PAS Lulus Usul Cerai Talak Tiga Dengan PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s