Tidak Perlu Ikut Telunjuk PKR – Pemuda PAS

AIDCNews– 28/04/17 –Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata tidak sebab PAS mengikut telunjuk PKR yang mendesak tiga exco PAS Selangor berundur hanya kerana isu tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang diperkatakan dalam muktamar PAS kali ini.

“Secara faktanya kerusi PKR itu lagi sedikit daripada kerusi PAS di Selangor. Exco PAS di Selangor tidak dilantik PKR dan DAP oleh itu mereka mesti meneruskan tugas mereka untuk rakyat bukan untuk parti tertentu semata-mata,” katanya pada sidang media Jumaat.

Seramai tiga exco kerajaan Selangor terdiri daripada ahli PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar); Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul Talib (Exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Muhammad Khalil berkata Majlis Syura Ulama PAS perlu segera membuat keputusan ekoran hasrat perwakilan yang mahu parti itu memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR.

“Dalam perbahasan, jelas kedengaran perwakilan mahukan Majlis Syura Ulama memikirkan hubungan PAS dengan PKR, kerana kita juga telah ada satu pakatan baharu iaitu Gagasan Sejahtera untuk diperkasakan,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menggesa PAS untuk melepaskan semua jawatan kerajaan Selangor jika parti itu memutuskan hubungan dengan PKR.

Saifuddin berkata PAS dilihat seolah-olah menyerang PKR semasa persidangan muktamar termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Adalah lebih baik jika mereka tidak menunggu apa-apa lagi. Penghormatan yang boleh dilakukan ahli PAS adalah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri apabila keputusan mengenainya dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Khamis, persidangan Dewan Ulama PAS meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR tanpa perbahasan.

Saifuddin berkata beliau mengikuti persidangan itu dan tidak terkejut jika usul berkenaan diluluskan dalam persidangan tersebut.

“Apa logiknya memutuskan hubungan dengan DAP, Amanah dan kini PKR tetapi pada masa sama mereka mahu terus bersama mentadbir negeri?,” soalnya.

Advertisements

One thought on “Tidak Perlu Ikut Telunjuk PKR – Pemuda PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s