PAS Bentuk Blok Ketiga Perangi Cauvinis

AIDCNews– 29/04/17 – PAS berusaha memantapkan kerjasama dengan sekutu Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga untuk memerangi kumpulan yang mengamalkan perkauman melampau atau cauvinis, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut wikipedia cauvinis berasal dari perkataan Inggeris yang membawa maksud kepercayaan patriotik yang berlebihan dan membuta tuli, satu kepartisanan yang melampau dan fanatik bagi pihak mana-mana kumpulan yang dimilikinya, termasuk rasa sifat iri hati dan kebencian terhadap kumpulan lawan.

“Kita hidup bermasyarakat, mesti menghormati antara satu sama lain.

“Cauvinis adalah kalangan yang fanatik kaum yang boleh bertindak apa sahaja tanpa menghormati pihak lain.

“Bila berbeda pendapat, dia terus bertindak dengan cara yang tidak beradab dan bersopan sehingga menghilangkan hubungan setiakawan, apalagi setiakawan dalam satu negara yang sama,”kata Abdul Hadi.

Tambah beliau, DAP kini telah menunjukkan wajah sebenar parti itu apabila secara terang-terangan menolak kepimpinan Islam dan sekaligus menolak Perlembagaan Negara kerana Perlembagaan itu mewartakan Islam sebagai Agama Persekutuan.

“DAP telah menunjukkan prinsip dan konsepnya, antaranya menolak kepimpinan Islam dan negara. Ini bercanggah dengan konsep kepimpinan PAS yang meletakkan kepimpinan negara adalah Islam kerana Perlembagaan mengatakan Islam adalah agama Persekutuan.

“Dalam masa sama majoriti kaum (di negara ini) adalah orang Islam, 65 peratus, (kaum-kaum) yang lain adalah pecahan-pecahan.

“Sebab itu sebuah negara yang stabil mesti menghormati kaum yang berpengaruh di negara itu. Ini adalah teori politik di mana-mana termasuk demokrasi Barat.

“Bila dia membawa fahaman “cauvinisme” yang tujuannya untuk kaum tanpa menghormati kaum yang lain, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan kita.”

Abdul Hadi berkata walaupun berbeza fahaman politik tetapi sikap saling menghormati perlu dipraktikkan misalnya dalam kes usul persendirian rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1963 atau RUU 355 yang dibentang beliau di Dewan Rakyat.

“Saling menghormati itu sangat penting. Walaupun berbeza, tetapi saling menghormati. Jangan berbeza, (tetapi) tidak menghormati.

“Contohnya, RUU 355. Kita bentang di Parlimen. Sejak awal lagi, dia membuat kenyataan untuk ‘bersetuju tidak bersetuju’ tetapi dia bertindak berkempen, melakukan gerakan untuk menentang apa yang PAS bawa.

“Ini sudah bercanggah dengan proses kerjasama.”

Menyentuh berkaitan dengan tahaluf siyasi, Abdul Hadi berkata perkara itu bukan bersifat statik dan akan dikaji dari masa ke semasa.

“Kita akan kaji dari masa ke semasa. Tahaluf ini ada rukun, ada syaratnya.

“Bila bercanggah dengan syarat, bercanggah dengan moral kerjasama, maka PAS akan membuat tindakan dan keputusan.”

Mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abdul Hadi berkata, PAS telah menetapkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan parti pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu

“Kita tak boleh layan parti yang tak sama dengan kita, kita dah buat penilaian, parti Pribumi tak ada ketentuan arah kerana pemimpin kita tak tahu, siapa imam, siapa makmum dan kita buat keputusan tak ada hubungan dengannya.”

Advertisements

One thought on “PAS Bentuk Blok Ketiga Perangi Cauvinis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s