PKR Harap PAS Tidak Putuskan Tahaluf Siyasi Kerana Ia Penghubung Pakatan Harapan

AIDCNews– 29/04/17 –PKR berharap PAS tidak memutuskan tahaluf siyasi dengan parti Keadilan kerana ia merupakan penghubung PAS dengan DAP, PAN dan PPBM dalam Pakatan Harapan, kata Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.

“PKR kita sudah berada dengan PAS sejak 18 tahun jadi kami merasakan ianya wajar dikekalkan kerana ianya merupakan penghubung antara PKR dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika ditemui pemberita selepas pembukaan Muktamar PAS Pusat kali ke-63 hari ini.

Bagaimanapun katanya, PKR akan menunggu keputusan akhir yang akan dibuat Majlis Syura Ulama PAS.

“Itu keputusan yang akan dibuat PAS jadi terpulang kepada PAS untuk buat keputusan walaupun telah diputuskan sayap Pemuda dan Ulama, tapi keputusan akhir akan diputuskan Majlis Syura.

“Bagi kami, kami telah bersama PAS selama 18 tahun sejak tahun 1999 lagi dan sejak itu kita masih kekalkan tahaluf siyasi,” katanya.

Advertisements

One thought on “PKR Harap PAS Tidak Putuskan Tahaluf Siyasi Kerana Ia Penghubung Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s