Wan Azizah & Azmin Tolak Jemputan, Hantar Wakil Tidak Dikenali Hadiri Muktamar PAS

AIDCNews– 29/04/17 – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan menolak jemputan untuk menghadiri perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini dan hanya menghantar seorang wakil yang tidak dikenali ramai ke majlis bersejarah parti Islam itu.

“Difahamkan walaupun surat jemputan dihantar ke rumah, dan Muryidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin sendiri telefon Datuk Seri Azmin Ali, tapi beliau yang baru balik dari lawatan rasmi ke Taiwan khabarnya berada di Pulau Pinang untuk program Konvensyen PKR negeri itu.

“Ramai pemimpin PAS mengharapkan Azmin hadir untuk menyejukkan hati perwakilan parti itu, tapi baik Azmin mahupun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mungkin sudah set untuk ‘ajar’ PAS kali ini.

“Yang hadir mewakili rakan ‘tahalul siyasi’ PAS itu adalah Naib Presiden lantikan, Shaharuddin Badaruddin,” lapor Agendadaily.

Selain Shaharuddin, antara kepimpinan parti lain yang turut kelihatan ialah Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

Selain itu juga, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Sirajuddin Salleh dan Pengerusi Kongres Rakyat, Cikgu Azmi Abdul Hamid.

Turut hadir tetamu antarabangsa termasuklah wakil HAMAS Palestin, wakil Ikhwanul Muslimin Syria, wakil Al-Quds International Institute Yemen, wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, wakil Kedutaan Singapura dan dif-dif kehormat yang lain.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan ketika perasmian Muktamar PAS berlangsung, Wan Azizah dan Azmin telah menghadiri Konvesyen PKR Pulau Pinang 2017 di Butterworth.

Wan Azizah ketika ditemui pemberita berkata kepemimpinan tertinggi PKR sebulat suara bersetuju untuk menunggu keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung usul memutuskan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti itu.

“Kita tunggu dahulu apa kata Majlis Syura, baru kita akan buat keputusan mengenai perkara ini,” katanya ringkas

Azmin yang turut ditemui pemberita senada dengan pendirian Wan Azizah.

“Kita jangan buat apa-apa spekulasi sehingga keputusan Majlis Syura. PAS ini tidak sama seperti parti politik lain.

“Banyak keputusan besar mereka dibuat oleh Majlis Syura, yang akan bersidang selepas Muktamar selesai. Jadi, kita tunggu dulu,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s