Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz

AIDCNews– 30/04/17 –Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata selepas Muktamar PAS meluluskan usul putus hubungan dengan PKR bermakna hubungan politik antara kedua parti itu sudah terbatal kerana kuasa Muktamar PAS lebih lebih daripada Majlis Syura Ulama.

Mahfuz berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak mempunyai pilihan lain kecuali akur dengan keputusan yang dimuktamadkan oleh Muktamar PAS dan perlu membuat keputusan pada masa yang difikirkan sesuai.

“Dulupun usul berkenaan (putus hubungan dengan) DAP, walaupun diterima tanpa bahas, usul itu juga dipulangkan kepada Majlis Syura.

“Jadi Majlis Syura hanya nak ambil pendekatan selepas ini, bila (masa yang perlu diumumkan keputusan putus hubungan itu). Itu sahaja, iaitu bila dan bagaimana cara.

“Dia (Majlis Syura) tidak boleh (kata) tidak. Mesti putus. Sebab ini keputusan Muktamar. Muktamar lebih tinggi daripada Majlis Syura,”katanya.

Hari ini, Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut telah sebulat suara menerima usul putus hubungan politik dengan PKR.

Usul tersebut dibentang oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkifli Ismail yang mewakili 23 PAS kawasan dan Dewan Ulamak PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Usul itu kemudian disokong perwakilan Pemuda Pasir Mas, Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Selepas itu, Pengerusi Tetap parti Hussein Ismail bertanyakan sama ada perwakilan Muktamar bersetuju atau tidak sebanyak tiga kali. Semua perwakilan Muktamar telah berdiri sambil menjawab ‘bersetuju’ sebanyak tiga kali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s