Putus Tahaluf Siyasi Takkan Kerana Selena Gomez, Sindir Azmin Pada PAS

IPOH – “Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah,” itu sindiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap perwakilan Pemuda Pas yang mengaitkan isu itu antara sebab tahalluf siyasi perlu ditamatkan antara Pas dan PKR.

Beliau berkata, perbezaan pandangan dalam politik merupakan perkara biasa kerana dalam rumah tangga juga mempunyai perbezaan antara suami dan isteri.

Katanya, parti-parti pembangkang perlu memikirkan isu-isu yang lebih besar terutama melibatkan kerjasama mereka pada PRU14 kerana rakyat sedang memerhati siapa yang akan dipilih nanti.

“Ini dalam dua tiga hari ini, saya kena teruk jugak. Tak apalah siapa hentam pun… Marah kerana saya menyokong Selena Gomez. Saya cakap betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni, Tanya presiden (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail), presiden kenal saya. Saya kenal lagu-lagu nasyid saja, saya dengar tazkirah saja, penyanyi artis saya tak kenal. Mengapa marah saya?

“Tak apalah… Nak marah, marahlah. Saya tak ambil hati, saya maafkan mana-mana pihak, individu yang marah saya kerana tanggungjawab saya nak jatuhkan Umno dan BN. Sekarang parti-parti politik berpecah kerana apa? Kerana Selena Gomez tak bolehlah tuan-tuan. Kalau saya salah guna kuasa, rasuah, saya zalim maka tolaklah saya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Perak, di sini, hari ini.

Hadir sama menyempurnakan konvensyen tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberpa pimpinan tertinggi PKR Pusat dan negeri.

Mohamed Azmin berkata, dasar-dasar peduli rakyat yang diperkenalkan kerajaan Selangor perlu dipertahankan oleh pimpinan parti-parti yang menolak BN.

Katanya, Pakatan Harapan dan parti-parti progresif yang lain perlu menunjukkan kesatuan mereka kerana rakyat sedang melihat pengganti kepada BN – SH





Advertisements

3 thoughts on “Putus Tahaluf Siyasi Takkan Kerana Selena Gomez, Sindir Azmin Pada PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s