Tahaluf Siyasi : PAS Selangor Patuh Dengan Keputusan PAS Pusat

AIDCNews– 30/04/17 –PAS Selangor berikrar akan patuh kepada apa jua keputusan yang bakal ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti, bersabit kedudukan dalam pentadbiran negeri susulan keputusan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut menerima usul putus tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR.

Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS Selangor berdiri teguh di belakang kepimpinan PAS pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya sebagai wakil Selangor ingin tegaskan bahawa kami saf kepimpinan, perwakilan seluruh Selangor, kita berdiri teguh di bawah kepimpinan PAS Pusat termasuk Majlis Syura Ulama.. apa saja keputusan kita akan akur dan kita akan patuh.

“Kalau kata maju ke depan, kita akan maju ke depan. Kalau kata undur, kita akan undur. Kita ‘samikna wa atoqna’ (kita dengar dan kita patuh) Takbir!,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar PAS Pusat Kali ke-63 hari ini.

Advertisements

One thought on “Tahaluf Siyasi : PAS Selangor Patuh Dengan Keputusan PAS Pusat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s