Azmin Sengaja Perbesarkan Isu Selena Gomez Untuk Perlekeh PAS

AIDCNews– 01/05/17 – Daripada pelbagai sebab besar yang dilontarkan perwakilan PAS dalam Muktamar Tahunan ke-63 untuk menjustifikasikan kenapa perlu diputuskan tahaluf siyasi dengan PKR, namun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohmaed Azmin Ali memilih isu konsert Selena Gomez sebagai puncanya.

Walhal isu Selena Gomez hanya isu sampingan, dibangkitkan oleh wakil Shah Alam, Aubidullah Fahim Ibrahim sebagai menyokong usul putus tahaluf siyasi yang dicadangkan Ustaz Mohamed Sukri Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor yang sebelum itu telah menempelak kebiadapan Azmin melabel PAS sebagai parti ‘Pak Lebai’

Dalam kenyataan itu, Ustaz Mohamed Sukri memberi memberi amaran supaya Azmin tidak berterusan ‘menyerang’ PAS, dengan gelaran ‘lebai’, jika tidak beliau bakal kecundang pada PRU 14 nanti.

“Demikian juga kepada dato menteri besar (Azmin), beliau boleh gelar kita lebai, ingat kalau tanpa jentera (PAS) yang bantu, kerusi menteri besar akan menjadi kerusi penggal terakhir buat menteri besar Selangor itu,” katanya.

Bagaimana pun Azmin mendiamkan diri isu ‘Pak Lebai’ yang dibangkitkan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, sebaliknya memperbesarkan isu Selena Gomez yang dibangkitkan wakil Shah Alam.

“Bukan pasal konsert Selena Gomez tetapi hinaan dan sindiran kepada PAS punca batal tahaluf,”bidas Faekah Husin dalam Twitternya.

“Sekolot-kolot Lebai PAS mana mungkin diterima akal orang akan memilih berkiblatkan MahaFiraun MahaZalim. #putustahaluf,” bidasnya lagi.

Faekah yang juga bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Azmin sengaja memilih memperbesarkan isu Selena Gomez untuk melindungi punca sebenar kenapa PAS mengambil sikap mengemukakan usul putus hubungan politik dengan PKR.

“Sahih. Bukan Selena Gomez tetapi PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar punca pecah tahaluf. Azmin cuba remehkan isu,” bidas Faekah lagi.

Tambah Faekah, demi untuk menyelamatkan diri, Azmin sanggup memfitnah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Azmin nak selamatkan diri sanggup fitnah JAKIM,” bidasnya sambil merujuk penafian Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha meluluskan konsert penyanyi dari Amerika, Selena Gomez di Shah Alam tahun lepas.

Tegas JAKIM, kelulusan persembahan untuk konsert seperti itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya.

Putus Tahaluf Siyasi Takkan Kerana Selena Gomez, Sindir Azmin Pada PAS

Jakim Nafi Lulus Konsert Selena Gomez

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s