Jakim Nafi Lulus Konsert Selena Gomez


PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan meluluskan konsert penyanyi dari Amerika, Selena Gomez di Shah Alam tahun lepas.

Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata, kelulusan persembahan untuk konsert seperti itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya.

“Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan di Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali konvensyen PKR Pulau Pinang pada Ahad bahawa tidak wajar beliau dikritik kerana konsert tersebut telah mendapat kelulusan Jakim.

“Saya memohon kerjasama beberapa pihak untuk membuat rujukan dengan kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim,” kata Othman.

Semasa muktamar Pemuda PAS di Alor Setar pada Jumaat, perwakilan Pemuda PAS Shah Alam Aubidullah Fahim Ibrahim berkata PKR tidak melakukan sebarang tindakan untuk menentang konsert itu yang telah diadakan pada 25 Julai tahun lepas di Shah Alam, kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Aubidullah berkata ia adalah salah satu sebab mengapa Pemuda PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
PAS telah membantah konsert itu diadakan, dengan mendakwa pakaian Gomez terlalu seksi – Mstar



Advertisements

2 thoughts on “Jakim Nafi Lulus Konsert Selena Gomez

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s