PAS Gesa ROS Siasat Parti Politik Langgar Perlembagaan Malaysia

AIDCNews– 01/05/17 – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengkaji status semua parti politik di negara ini, adakah parti-parti berkenaan mengikut jalur undang-undang yang ditetapkan Perlembagaan Malaysia.

Tanpa menyebut nama parti berkenaan, Abdul Hadi menyarankan siasatan itu dilakukan bagi memastikan tiada parti politik di negara ini melanggar batas sempadan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

“Kita minta ROS, Pendaftar Pertubuhan sila buat kajian parti-parti lain. Adakah mereka hormati Perlembagaan. Ikut peraturan Perlembagaan atau tidak.

“Contohnya, Islam adalah Agama Persekutuan. Mereka hormat atau tidak. Raja Berpelembagaan, mereka hormat atau tidak. Bahasa Melayu, bahasa rasmi, mereka hormat atau tidak.

“Hak Bumiputera, Melayu, Jawa, Bugis, penduduk asal Semenanjung dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang ada hak istimewa yang perlu dihormati mengikut Perlembagaan, mereka hormat atau tidak.

“Maka saya minta supaya ROS kaji parti mana (yang tak ikut),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan sempena penutupan Muktamar PAS Ke-63 di Komplesk PAS, di Kota Sarang Semut, Kedah.

Advertisements

One thought on “PAS Gesa ROS Siasat Parti Politik Langgar Perlembagaan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s