PAS Sudah Sesat Dalam Perjuangan – Guan Eng

BUTTERWORTH: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap Pas sebagai parti politik yang sesat dalam perjuangannya apabila mengisytiharkan DAP sebagai musuh politik utama mereka.

Beliau berkata Pas sepatutnya menentang Barisan Nasional (BN) dan bukannya DAP.

Tambah beliau Pas seakan lupa tujuan asal Pakatan Rakyat ditubuhkan ketika masih menganggotainya.

“Mereka lupa siapa kawan siapa lawan; yang lawan jadi kawan, yang kawan jadi lawan.

“Kalau ini pun tak dapat dibezakan, saya rasa memang mereka sesat jalan daripada segi politik,” kata Guan Eng.

Kepimpinan DAP, jelas beliau, tidak berhasrat untuk menemui pemimpin Pas ketika ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan perwakilan Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah pada Muktamar Pas kali ke-63 di Kota Sarang Semut dekat sini.

Beliau turut melabelkan Pakatan Rakyat sebagai musuh Pas bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti – Astro Awani

Advertisements

One thought on “PAS Sudah Sesat Dalam Perjuangan – Guan Eng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s