Azmin Gagal Pertahan Negeri, Dato Wong Lumayan

malaysia-today – Azmin telah mengarahkan peguam untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Kerajaan Negeri secara rasmi telah memberhentikan proses pengambilalihan tanah-tanah dan semua tanah yang terlibat dipulangkan semula kepada LBCN dan Mujur Zaman. Sungguh lumayan untuk Dato’ Chin dan rakan-rakannya. Dan dalam sekelip mata, aset bernilai ratusan juta ringgit hilang daripada pegangan Kerajaan Negeri.

Terkilan, kecewa dan marah. Itulah perasaan rakyat Selangor apabila membaca penulisan bertajuk “Kerajaan Selangor U-turn ke zaman BN” yang antara lain menceritakan gaya pentadbiran Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Azmin Ali.

Mana tidaknya, apabila memberi mandat yang lebih besar kepada komponen Pakatan Rakyat pada Pilihanraya umum 2013, rakyat amat berharap untuk melihat Selangor terus mempelopori pentadbiran cekap, telus dan bertanggungjawab seperti yang berlaku di antara 2008- 2013.

Mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bukan sahaja mencipta program kesejahteraan rakyat iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor tetapi juga telah banyak menyelesaikan masalah rakyat termasuk projek terbengkalai seperti Bukit Botak dan Alam Perdana yang turut melibatkan tanah hamper 400 orang peneroka.

Untuk kedua-dua kes ini Khalid telah bertindak merampas tanah mengikut kuasa Menteri Besar di bawah Kanun Tanah Negara agar Kerajaan Negeri boleh memantau pembinaan dengan dekat. Tindakan merampas tanah ini agak mengejutkan industri pembangunan perumahan ketika itu. Mana tidaknya, jika zaman Barisan Nasional, mereka mendapat pertolongan kerajaan negeri untuk merampas tanah bagi mendapatkan tanah percuma atas alasan melakukan pembangunan.

Apa yang Khalid lakukan adalah “unprecedented”; namun ianya ternyata berhasil kerana akhirnya kedua-dua projek ini siap setelah pembeli rumah menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan hak mereka. Apa yang rakyat tidak tahu, tekanan yang dihadapi oleh Khalid dari pelobi-pelobi yang kebanyakannya dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Ironinya mereka melobi bukan untuk para pembeli rumah yang sekian lama teraniaya tetapi bagi pihak syarikat yang terlibat. Mereka gigih melobi agar Khalid tidak terlalu berkeras serta memulangkan tanah-tanah yang dirampas. Selain dari pimpinan PKR yang berulang alik ke pejabat MB antara yang turut aktif dalam usaha melobi adalah pemimpin PAS Shah Alam dan Kuala Selangor yang kini lantang bercakap soal keadilan dan Islam di dalam parti baharu Parti Amanah Nasional (PAN).

Projek Alam Perdana adalah projek yang paling mencabar untuk Khalid kerana ia melibatkan lebih kuramg 4,370 ekar tanah yang menghadapi pelbagai masalah seperti pembangunan terbengkalai, tindakan lelong oleh bank dan tanah terbiar. Ia turut melibatkan seramai 383 orang peneroka. Syarikat tersebut bukan sahaja tidak membanyar premium perolehan tanah dan premium tukar syarat tanah berjumlah hampir RM40 juta, lebih malang lagi tanah yang asalnya milik kerajaan itu telah dicagarkan kepada bank dengan nilai ratusan juta.

Kesemua syarikat yang terlibat adalah berkait rapat dengan dua syarikat utama iaitu Mujur Zaman dan LBCN Development Sdn Bhd yang dikuasai oleh Dato Khairuddin Abu Hassan dan bekas rakan kongsinya Dato’ Chin Chan Leong. Khairuddin adalah penerbit buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM”, pengasas parti BERSATU dan Parti Bebas Rasuah. Manakala Dato’ Chin adalah bekas banduan jenayah kolar putih. Mereka ini sudah pasti mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pimpinan UMNO setempat ketika itu.

Khalid terpaksa bertindak tegas. Kegagalan syarikat tersebut membayar premium tanah dan premium tukar syarat tanah dari pertanian kepada perumahan benar-benar mencabar integriti Khalid sebagai MB. Khalid telah mengarahkan Pentadbir Tanah mengambil tindakan undang-undang dan merampas tanah-tanah tersebut. Mujur Zaman, LBCN dan beberapa syarikat lain yang berkaitan telah memfailkan pelbagai tuntutan mahkamah untuk membatalkan keputusan kerajaan negeri dan menuntut gantirugi mencecah RM1.37 billion. Tidak ketinggalan juga melantik pelobi-pelobi dan macai di kalangan ahli politik Pakatan.

Mengikut carian yang dibuat, kebanyakan kes tuntutan mereka diperingkat Mahkamah Tinggi telah gagal. Ada pun kes yang berjaya tidak dapat dipertahankan di Mahkamah Rayuan. Walaupun mereka cuba membawa ke Mahkamah Persekutuan, kerajaan negeri telah dinasihatkan oleh peguam bahawa kemenangan untuk Mujur Zaman dan LBCN adalah amat tipis.

Sementara itu, projek perumahan yang terbengkalai selama lebih 10 tahun telah berjaya disiapkan setelah kerajaan negeri menyuntik sejumlah RM200 juta kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Khalid juga telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan agar memulakan deraf pelan pembangunan untuk tanah-tanah yang dirampas dimana kerajaan negeri dianggarkan akan mendapat hasil RM2 billion. Khalid berhasrat menyerahkan tanah-tanah tersebut kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri yang akan melaksanakan sendiri projek-projek tersebut dan bukan sekadar melakukan usahasama dengan syarikat gergasi sebagaimana amalan sebelumnya.

Malangnya, Langkah Kajang telah dimulakan (mungkin ini juga di antara sebab ianya dilakukan) dan Khalid terpaksa meletakkan jawatannya. Bertambah malang kerana setelah Azmin mengambil alih, beliau juga melakukan sesuatu yang “unprecedented” tetapi bukan untuk mempertahankan hak rakyat Selangor di dalam kes mahkamah yang dibawa syarikat tersebut tetapi sebaliknya.

Azmin telah mengarahkan peguam untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Kerajaan Negeri secara rasmi telah memberhentikan proses pengambilalihan tanah-tanah dan semua tanah yang terlibat dipulangkan semula kepada LBCN dan Mujur Zaman. Sungguh lumayan untuk Dato’ Chin dan rakan-rakannya. Dan dalam sekelip mata, aset bernilai ratusan juta ringgit hilang daripada pegangan Kerajaan Negeri.

Apa yang pasti, Azmin bukan bodoh untuk melakukan u-turn hingga merugikan rakyat Selangor tanpa niat tertentu. Tindakan Azmin ini menguatkan lagi persepsi umum terhadap beliau yang sangat bijak mengambil peluang mendapat keuntungan peribadi. Maka bersoraklah pelobi-pelobi yang dilantik syarikat tersebut.

Jelas Azmin gagal dalam ujian pentadbiran pada dua tahun pertama memegang jawatan Menteri Besar. Gagal menahan nafsu bila disua laba besar syarikat koperat dan keparat. Para EXCO Negeri – baik dari PKR, PAS dan DAP – juga telah gagal membuktikan keikhlasan dan kecekapan mereka; walaupun ada di antara mereka menunjukkan prestasi cemerlang di bawah pentadbiran Khalid. Pegawai kanan kerajaan yang terlibat juga gagal meneruskan prinsip telus dan tegas bertanggungjawab yang mereka pelajari daripada Khalid.

Manakala bagi Khalid pula, beliau tidak mengalami kerugian apa-apa. Beliau sekadar mengurut dada memikirkan bagaimana orang yang petah berkata-kata kononnya anti kleptokrasi, sumpah seranah kerajaan Persekutuan, namun boleh dengan selamba merompak harta rakyat Selangor pada siang hari. Bagi rakyat Selangor- malanglah nasib mereka- berteduh di dahan rapuh. Harapkan Pagar, Pagar memakan padi…

Advertisements

One thought on “Azmin Gagal Pertahan Negeri, Dato Wong Lumayan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s