Kit Siang Perlu Tun Mahathir Untuk Jatuhkan UMNO/BN – Tunku Aziz

AIDCNews– 02/05/17 –Penasihat DAP, Lim Kit Siang memerlukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 14, kata Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu berkata Kit Siang adalah seorang pengamal politik haiwan, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya.

“Nampaknya, cita-cita besar terakhir Lim Kit Siang adalah untuk mendapatkan trofi politik yang paling diimpikan, pejabat Perdana Menteri Malaysia.

“Dia (Kit Siang) tidak akan mengatakannya secara terbuka kerana itu akan menyebabkan rasa takut kepada Tuhan di kalangan orang Melayu.

“Jadi dia memerlukan seseorang seperti Mahathir di mana dia boleh bersembunyi di belakangnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Tunku Aziz, berbekalkan status bekas Perdana Menteri, Kit Siang memerlukan wajah Mahathir untuk menawan undi pengundi majoriti Melayu-Islam di negara ini.

“Walaupun sangat membenci Mahathir, (namun) Kit Siang perlukan Mahathir kerana wajah Melayu yang boleh membantu menenangkan kebimbangan Melayu.

“Dalam bahasa elegan DAP, Mahathir pada kaca mata Kit Siang seperti menggunakan orang Melayu untuk merosakkan orang Melayu,” katanya lagi.

Advertisements

One thought on “Kit Siang Perlu Tun Mahathir Untuk Jatuhkan UMNO/BN – Tunku Aziz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s