PKR Terus Serang PAS, Tuduh Parti Kejar Pangkat, Jawatan & Habuan

AIDCNews– 02/05/17 –PAS sentiasa berdalih semata-mata untuk mengejar pangkat, jawatan dan habuan, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata demikian sebagai merujuk usul Muktamar PAS yang meluluskan usul putus tahaluf siyasi dengan PKR pada Ahad lepas.

Tambahnya, walaupun Muktamar PAS telah memutuskan hubungan politik dengan PKR, namun Majlis Syura PAS akhirnya akan membuat keputusan yang menguntungkan parti Islam itu dari sudut kebendaan.

“Talak 3, 5 dosa besar, putus, putus, putus ..

“Soalan ..dah putus? Belum..tunggu syura!

“Maksudnya ..putus pun ada hujah dalil, tangguh putus pun boleh didatangkan dalil. Hakikatnya ..pangkat, jawatan dan habuan. Noktah,”sindir Saifuddin dalam Facebook hari ini.

Serangan terbaharu Saifudin itu sebagai susulan serangan beliau tiga hari lepas dengan kapasiti ‘Setiausaha Agung PKR’ yang membuat kenyataan terbuka mengesa PAS berundur dari Kerajaan Negeri Selangor :

PAS PERLU BUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD TAHALLUF SIYASI DAN KEDUDUKAN DALAM KERAJAAN SELANGOR

Saya memantau perjalanan Muktamar PAS terkini memandangkan ia berkait dengan strategi KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam PRU14. Tambahan pula, sebarang keputusan PAS mengenai tahalluf siyasi dengan KEADILAN akan ada kesan kepada penyertaan PAS dalam Kerajaan Selangor.

Saya ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama PAS dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar PAS pada hari ini.

Saya juga kesal serangan dan kritikan kasar terhadap YAB Dato’ Seri Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN dan Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh perwakilan Dewan Ulama PAS semasa perbahasan semalam.

Pas juga menzahirkan secara jelas tanpa berselindung untuk memimpin beberapa negeri termasuk Selangor yang kini diterajui KEADILAN.

Sebarang keputusan PAS yang bakal diambil adalah hak PAS dan KEADILAN saya ulangi akan menghormatinya.

Pun begitu, adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana jika PAS memutuskan tahalluf siyasi dengan KEADILAN secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan.

Sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri (termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi KEADILAN) sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang disandang di Selangor.

Di mana logiknya memutuskan hubungan dengan AMANAH dan DAP (sebelum ini) dan kini mahu memutuskan hubungan dengan KEADILAN, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor?

Oleh itu, saya menunggu keputusan muktamad dari Muktamar PAS dan KEADILAN akan terus menggarap kekuatan semua pihak yang mahu menamatkan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Dato’ Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat

Advertisements

2 thoughts on “PKR Terus Serang PAS, Tuduh Parti Kejar Pangkat, Jawatan & Habuan

  1. Sekali imbas memang nampak macam Saifuddin ,biadap dan kasar.Tapi kalau di fikirkan dgn mendalam betul juga bidasan belia tu.PAS tak perlu berlengah-legah,tunggu keputusan sana tunggu keputusan sini,semuaan kan dah ikut syarat syarie dalam membuat keputusan mengenai tahaluf,tak kan lah nanti Majlis Syura ada hujah syarie yg berbeza pula.Elok PAS nekad ,putus hubungn dan keluar dari bersingkokol dgn kerajaan yg menentang Islam.Jika DAP menentang Islam maknanya kerajaan yg di mana DAP berada juga menentang Islam.Kalau PAS ikhlas ,PAs akan mendapat pertuulungan Allah,yakin lah begitu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s