Tersingkirnya G18, PAS Kini Selamat Dijangkiti Virus Pasca Islamisme


AIDCNews– 02/05/17 –Selepas tersingkirnya kumpulan G-18 pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Kuala Selangor pada tahun 2015, parti Islam itu kini selamat daripada dijangkiti virus Pasca Islamisme.

Pendokong-pendokong G-18, penganut ideologi Pasca Islamisme melangkah keluar daripada PAS sebaik sahaja Mohamad Sabu tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS dan menubuhkan parti baharu, dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) pada 16 September 2015.

“Alhamdulillah PAS (kini) selamat daripada aliran pemikiran (fikrah) Pasca Islamisme dengan tersingkirnya 18 and the geng (PAN),”kata Zamri Idris sebagai mengulas kejayaan PAS mengadakan Muktamar Tahunan ke-63 di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut, Kedah yang berakhir semalam.

Zamri berkata ideologi Pasca Islamisme yang sebelum ini menjangkiti PAS dicetus oleh Asef Bayat, seorang pensyarah warga Iran menetap di Amerika Syarikat bersama orientalis barat, Olivier Roy dan Gille Kepel.

“Pasca Islamisme bermaksud “selepas kebangkitan Islam” dan tujuan utama dicetuskan teori pemikiran Pasca Islamisme adalah untuk mengembirikan atau mengkasikan gerakan Islam.

“Di antara intipati pemikiran Pasca Islamisme ialah populisme, liberalisme, pragmatisme dan negara tanpa hukum (tidak menjalankan hukum hudud dan qisas) dan hanya menitikberatkan nilai nilai Islam yang sejagat…,”katanya.

Advertisements

One thought on “Tersingkirnya G18, PAS Kini Selamat Dijangkiti Virus Pasca Islamisme

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s