DAP Sudah Buat Proposal Persempadanan Semula Persiapan Tawan Putrajaya

AIDCNews– 04/05/17 –DAP sudah membuat proposal persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal menguntungkan partinya sebagai persiapan untuk menawan Putrajaya, dedah Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dr Kamarul berkata dalam penelitian beberapa dokumen yang diperolehi beliau mengesahkan bahawa DAP akan melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya sekiranya dapat menawan Putrajaya sejak PRU 13 lagi.

“Penelitian ke atas satu dokumen dalaman PKR membuktikan bahawa pemimpin tinggi PKR sendiri pernah mengakui bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dicadangkan oleh DAP, yang akan menambahkan bilangan kerusi Parlimen dari 222 menjadi 262, dengan pecahan 143 kerusi bandar, 39 kerusi separa bandar dan 80 kerusi luar bandar, jika diguna pakai oleh Pakatan Rakyat, akan menjadikan DAP dominan dan mengambil-alih kuasa politik.

“Belum pun menguasai Putrajaya, perancangan dari DAP untuk berkuasa sudah ada.

“Di sini disertakan dokumen dalaman PKR tersebut sebagai bukti ke atas kenyataan ini,” katanya dalam Facebooknya hari ini.



Strategi DAP untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya pernah didedahkan oleh bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman dalam satu ceramah di Putrajaya pada 2012.

“Tuan-tuan tahu tak, kalau DAP dapat perintah banyak warganegara Taiwan, Hong Kong, Singapura akan memohon jadi rakyat Malaysia selepas ini.

“Begitu jugalah kalau DAP dapat perintah, mereka akan buat persempadanan semula. Persempadanan semula ini akan berlaku di kawasan bandar sahaja bukan di kawasan luar bandar.

“Katalah contoh Putrajaya ni bandar. Sekarang cuma ada satu Parlimen, dia akan potong kepada dua Parlimen. Dia akan memperbanyakkan lagi Parlimen-parlimen orang bukan Islam supaya dia sama dengan orang Islam,” dedahnya.

Selanjutnya, sila baca “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s