Di Mana Kedudukan Kit Siang Dalam Pakatan Harapan, Soal Bekas Aktivis DAP

AIDCNews– 04/05/17 –Bekas aktivis DAP, Shamsher Singh Thind mempertikai di mana kedudukan Lim Kit Siang dalam jawatankuasa Pakatan Harapan (PH) yang bakal dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi.

Katanya, nama Tun Dr Mahathir Mohamad disenaraikan sebagai Penasihat PH, namun tiada nama Kit Siang dalam organisasi jawatankuasa pakatan pembangkang itu.

“Jadi Maha Firaun (Dr Mahathir) adalah Penasihat Pakatan ? Dan di mana kedudukan Lim Kit Siang ? Adakah dia (Kit Siang) bakal Ketua Menteri Pulau Pinang ?,” soalnya dalam Facebook hari ini.

Shamsher Singh membuat pertanyaan itu berdasarkan infografik The Malaysian Insight (di atas) yang meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Pengerusi PH, manakala Dr Mahathir sebagai penasihat.

“Dr Mahathir dipilih sebagai penasihat PH, namun tanpa mempunyai kuasa eksekutif,” lapor The Malaysian Insight.

Portal itu melaporkan, selain Dr Mahathir, Anwar Ibrahim yang kini sedang berada di penjara Sungai Buloh bakal dilantik sebagai penasihat PH.

Oleh kerana status Anwar sebagai banduan, usaha perundangan akan difailkan kepada RoS untuk membolehkan penasihat PKR itu dilantik ke jawatan tersebut.

Wan Azizah akan dibantu oleh tiga Naib Pengerusi diwakili tiga parti; DAP, PAN dan PPBM; iaitu Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden PAN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM)

“Mesyuarat juga memilih Ketua Sekretariat PH Saifudin Abdullah (dari PKR) sebagai setiausaha agung gabungan itu manakala Naib Presiden DAP M Kulasegaran sebagai bendahari,”lapor portal itu.

Laporan turut menyebut, tiga orang pimpinan tertinggi parti akan dilantik dalam Majlis Presiden PH.

DAP diwakili Tan Kok Wai (Pemangku Pengerusi DAP), Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP) dan Anthony Loke (Setiausaha Organisasi DAP).

PKR diwakili Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), Nurul Izzah Anwar (Naib Pengerusi PKR) dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR).

PPBM diwakili Dato’ Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (Naib Presiden PPBM) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Setiausaha Agung PPBM)

Dan PAN pula diwakili Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden PAN) dan Anuar Tahir (Setiausaha Agung PAN).


Advertisements

3 thoughts on “Di Mana Kedudukan Kit Siang Dalam Pakatan Harapan, Soal Bekas Aktivis DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s