Nakhaei Ahmad Dedah Matlamat PKR Sama Dengan DAP Ke Arah Malaysian Malaysia

AIDCNews– 04/05/17 –Matlamat perjuangan PKR hampir sama dengan DAP iaitu memperjuangkan hak sama rata untuk semua kaum di Malaysia atau Malaysian Malaysia, kata bekas Yang Di-Pertua YADIM, Datuk Mohd Nakhaei Ahmad.

“Sikap pemimpin PKR tidak perlu dinyatakan lagi. Parti itu bukan parti orang-orang Melayu dan Islam. Dasarnya tentang agama Islam dan Melayu sama sahaja dengan DAP, iaitu berdasarkan konsep Malaysian Malaysia.

“Mereka menuntut persamaan hak bagi semua kaum yang menjadi rakyat negara ini. Masyarakat India menggantung harapan tinggi kepada PKR untuk memberi kebebasan kepada mereka membina kuil dan menyamakan kedudukan kuil-kuil mereka dengan masjid dan status agama Hindu dengan Islam” kata Nakhaei ketika menulis dalam buku “Meniti Hari Menuju Senja (Mengimbau Penglibatan Dalam Dakwah Dan Politik)”, terbitan Global Da’wah Friendship Society.

Nakhaei yang juga bekas Presiden PAS berkata beliau bersama bekas-bekas aktivis PAS terlibat secara langsung dalam penubuhan parti Keadilan pada tahun 1999.

“Dalam keadaan yang sedang dihadapi itu, tentu sahaja tidak mudah untuk menubuhkan sebuah parti politik yang baru. Hanya satu jalan sahaja yang terluang, iaitu mengambil-alih parti politik yang ada yang ditubuhkan tetapi tidak aktif.

“Aku teringat kepada seorang teman semasa bersama di dalam PAS, iaitu Abdul Wahab Yunus dari Terengganu yang keluar daripada PAS dan menubuh sebuah parti baru.

“Tugas mengambil-alih parti itu dan penukaran namanya dilakukan oleh Zulkifli Daud. Kebanyakan kerja-kerja mengambil-alih parti Abdul Wahab Yunus itu dijalankan oleh beliau sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional.”

Turut disahkan Nakhaei berkenaan dana-dana asing yang sering diperkatakan terhadap PKR.

“Aku mula mencium bau yang tidak enak ketika menjalankan usaha penubuhan Parti Keadilan itu. Ada kumpulan tertentu yang ingin memonopoli kuasa parti yang baru ditubuhkan itu di tangan kumpulan mereka.

“Bahkan aku dimaklumkan ada pihak yang terbang ke luar negara mengutip derma untuk membiayai pembelaan ke atas Anwar dan wang yang dikutip itu entah ke mana. Aku mula tawar hati dengan perkembangan itu.”

Nakhaei mengakui pada mula beliau tidak mempercayai skandal seks yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, namun pendiriannya mula berubah selepas berkomunikasi dengan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang-orang kepercayaannya.

“Aku mula tawar hati bukan sahaja kerana perkembangan tidak sihat yang berlaku di kalangan mereka yang mengambil kesempatan daripada pergolakan yang berlaku.

“Lebih daripada itu, aku mula didedahkan dengan penjelasan mengapa sebenarnya Anwar dipecat. Atas arahan daripada Tun Dr Mahathir, aku menemui beliau di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

“Walaupun aku menyatakan kepada Tun pada waktu itu bahawa aku tidak tahu-menahu mengenai skandal seks yang melibatkan Anwar Ibrahim dan tidak mempunyai pendirian apa pun terhadap tuduhan itu kerana aku tidak memiliki bukti, namun perjumpaan itu mendorong aku untuk mengetahui lebih jelas mengenainya.

“Aku mula menyelidiki dan menemui pihak-pihak yang mungkin mengetahui mengenai isu ini. Setelah banyak bertanya dan menyelidiki perkara tersebut, aku mula merasai bahawa sesuatu yang tidak kena telah berlaku.

“Tidak mungkin orang-orang yang menceritakan kepada aku mengenai perkara itu berpakat menceritakan perkara yang sama. Terutama setelah menemui Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang memaparkan senario yang mencurigakan di pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepanjang perkhidmatannya di sana”

Berkenaan dengan Dr Mahathir pula, Nakhaei mengakui pemikiran Islam bekas Perdana Menteri itu hampir sama dengan Kasim Ahmad.

“Suatu ketika (Dr Mahathir) memanggil aku ke pejabatnya. Beliau menyatakan keraguannya mengenai hadith-hadith yang terkandung dalam Sahih Bukhari.

“Kemusykilannya menyamai apa yang difahami oleh Kasim Ahmad”

Pendedahan kenyataan Nakhaei itu telah diulas oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Facebooknya hari ini.

Advertisements

2 thoughts on “Nakhaei Ahmad Dedah Matlamat PKR Sama Dengan DAP Ke Arah Malaysian Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s