Putus Tahaluf Siyasi, PKR Terjejas Teruk Di Selangor – Kajian Merdeka Centre

AIDCNews– 04/05/17 –PKR lebih banyak menerima impak negatif kesan daripada keputusan Muktamar PAS menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, rumus badan penyelidik Merdeka Centre.

Pengurus Penyelidikan Merdeka Centre, Tan Seng Keat berpendapat, kesan itu bukan sahaja terkena kepada PKR, malah parti sekutu Pakatan Harapan, PPBM juga turut menerima impak yang sama.

“Jika PKR dengan Pas memutus hubungan, ia bukan sahaja merugikan kedua-dua pihak, malahan turut menjejaskan Bersatu untuk memenangi beberapa kerusi di Selangor,” katanya kepada Oriental Daily.

Menurut beliau, dengan pertembungan tiga penjuru, selain kerusi DUN, ia turut membabitkan kerusi Parlimen di Selangor.

“Adalah diramalkan lebih separuh kerusi parlimen milik PKR akan terjejas. Parti itu sukar mempertahankan kerusi mereka sama ada DUN ataupun parlimen dalam PRU kali ini,” katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Lim Hong Siang pula berkata, kedudukan PKR di Selangor tidak syak lagi boleh tergugat kerana pengaruh PAS di negeri itu tetap tidak boleh dipandang ringan.

“Sekiranya PAS meletak calonnya di semua kerusi yang ditandingi oleh PKR, tentu sekali sokongan yang diberikan kepada calon PKR sebelum ini sedikit sebanyak akan beralih kepada calon PAS.

“Selain itu, perpecahan dalaman yang berlaku dalam PKR turut dikatakan akan menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terjejas.

“Difahamkan Azmin masih memerlukan PAS sedangkan kajian simulasi yang dilakukan Invoke di bawah kendalian Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menunjukkan mendapati PAS tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam PRU14 sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru. Inilah konflik yang wujud dalam PKR ketika ini,” kata Hong Siang.

Dapatan daripada Merdeka Centre dan pendapat beberapa penganalisis politik itu hampir sama dengan hasil kajian Zaaba Institute for Leadership (ZIL) sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin berkata Azmin bakal kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU 14 sekiranya tahaluf siyasi PAS dan PKR terputus.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s