Fitnah Rafizi Untuk Burukkan Imej Malaysia


Al-Azharri Siddiq Kamunri –1. Rafizi boleh menuduh apa sahaja kepada Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa, DS Najib Tun Razak, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah dan sesiapa sahaja, isunya perkara asas dalam dakwaan-dakwaan Rafizi itu tidak dibuktikan. Jika di bawah ke Mahkamah pun, kita bimbang Rafizi akan mengulangi kata-katanya di sini di dalam mahkamah kononnya dia hanya bergurau sahaja dalam kes memfitnah DS Rosmah Mansur.

Berapa juta rakyat Malaysia ditipu Rafizi dalam kes cincin? Adakah anda salah seorang yang tertipu dengan penipuan Rafizi? Adakah anda mahu ditipu kali kedua oleh orang yang sama?

2. Semua orang faham tugas utama Rafizi ialah mencipta persepsi, spin dan menipu-helah rakyat supaya membenci kerajaan dan Perdana Menteri. Rafizi cuba menunjukkan beliau dan hampir 100 pekerja Invoke cukup inteligent. Malangnya pasukan Rafizi kelihatan badut, kelam-kabut dan nampak sangat hanya untuk PRU14 sahaja, sangat cacamerba.

3. Jika anda pergi ke mana-mana kedai, setiap urusniaga akan ada resit dan ada barang. Ini adalah asas beli-jual. Namun begitu, Rafizi tidak berjaya menunjukkan apakah barang yang dibeli di Itali, di kedai mana, tarikh berapa, semuanya sepatutnya Rafizi tunjukkan. Modus operandi Rafizi tidak banyak beza ketika memfitnah DS Rosmah membeli cincin dahulu. Hampir-hampir sama modus operandi Rafizi dalam kes ini. Plot ceritanya sama.

4. Perhatikan resit di tangan anda, di mana-mana di seluruh dunia item asas dalam resit akan ditunjukkan harga barang, kuantiti, nama kedai, tarikh, peratus diskaun, baki dan total. Adakah Rafizi ada menunjukkannya? Wang Invoke kononnya ada RM2.7 Juta yang terisytihar sahaja, gunakan wang itu terbang ke Itali, ambil gambar kedai itu, temuramah jurujual kedai itu, tunjukkan apa jenis barang yang bernilai jutaan itu dan sebagainya. Semua ini Rafizi tidak lakukan kerana Rafizi sendiri tidak yakin!

5. Rafizi hanya membuat dakwaan. Itu disebutnya dalam video Invoke. Bermakna Rafizi sendiri ragu-ragu. Mana-mana institusi kewangan yang tidak amanah boleh memberikan nombor akaun siapa-siapa pun. Rafizi sepatutnya menunjukkan bukti nyata yakni salinan fizikal Kad Kredit itu, nombor yang tertera di atas kad kredit itu, nama yang tertera di atas kad kredit itu, bulan berapa dan tahun berapa mati, 3 nombor dgit di belakang, kad jenis apa gold atau premium atau super gold?. Semua ini Rafizi tidak tunjukkan kerana sumber maklumat Rafizi adalah secondary (Adakah Rafizi pergi sendiri ke bank yang disebutnya itu dan Yayasan Abrar untuk mendapatkan maklumat first hand?). Atau pun Rafizi hanya memungut maklumat secondary dari sumber hearsay, google dan sebagainya. Kedua, maklumat Rafizi sangat ketara bersifat politik.

6. Begitu juga dakwaan berjuta-juta disebut oleh Rafizi. Mana bukti cetakan rasmi dalam slip bank? Mana transaksi akaun Yayasan Abrar? Rafizi perlu membuktikan amaun sebelum, semasa dan selepas, bukannya secara lumpsum menuduh sekian juta angka. Itu kerja budak sekolah, semua orang boleh buat. Jika Rafizi hanya menunjukkan helaian kertas di mana kertas itu barangkali dibuat dan direkacipta di Invoke, barangkali selepas mendengar sumber sana sumber sini dari orang yang sudah ketinggalan zaman dan diragui, jika ini cara Rafizi, pelajar universiti di USA akan ketawa. No spesific evidences, hanya perangkap samar sahaja.

7. Itu pun belum lagi masuk kepada aspek siasatan DNA ke atas dakwaan-dakwaan Rafizi itu. Apakah nilai keoriginalan kertas dakwaan Rafizi. Adakah helaian kertas A4 yang ditunjukkan Rafizi itu jenis A4 60g/70g/80g buatan China, Thailand atau tempatan. Satu perkara yang jelas, jika benar Rafizi mendakwa sumbernya dari SPRM atau mantan pegawai SPRM, sepatutnya Rafizi hendaklah Transparent, sebut nama pegawai itu baharulah maklumat-maklumat itu meyakinkan. Janganlah hanya pandai bercakap Transparent tetapi diri sendiri tidak boleh Transparent. Rakyat Malaysia perlu ingat Rafizi banyak kali kalah di mahkamah dan Rafizi pernah membohongi berjuta rakyat Malaysia dalam isu cincin.

8. Kita faham tugas Rafizi adalah membuat apa sahaja spin dan persepsi memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri sehingga kerajaan jatuh atau dia sendiri jatuh. Kita faham kerja Rafizi ialah membuat provokasi supaya rakyat membenci kerajaan. Namun Rafizi silap, bukan semua rakyat Malaysia boleh dibodohinya sepanjang masa.

Bank Boleh Jatuh Bankrap

9. Begitu juga dakwaan Rafizi yang mengaitkan dengan sebuah institusi kewangan. Rafizi perlu menjelaskan siapakah manusia yang terlibat di dalam bank itu, ditakuti orang lain dalam bank itu akan menjadi mangsa dan dibuang kerja gara-gara fitnah Rafizi. Institusi kewangan pula sepatutnya menjaga kerahsiaan semua pelanggannya. Jika sesebuah institusi kewangan itu dilihat tidak amanah dan diragui, saya bimbang rakyat Malaysia akan berpindah ke bank lain dan akhirnya bank itu akan jatuh bankrap.

10. Paling merisaukan jika masyarakat Antarabangsa dan pemain global perbankan melabel institusi kewangan di Malaysia diragui kebolehpercayaan dan integritinya. Ianya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Selamat berhujung minggu.

KLIA.
6/5/2017.

Advertisements

2 thoughts on “Fitnah Rafizi Untuk Burukkan Imej Malaysia

  1. Apakah Rafizi ini pengikut setia si Dajjal Al Masih? Gerak laku membuat fitnah, mengadu domba, menyebabkan segelintir rakyat percaya kpd penipuan dan fitnah, mirip kpd gerak kerja si Dajjal. Sementelah, PKR berlogo kan mata satu, menerima pula dana dari pelobi-pelobi Yahudi, atau adakah Rafizi ini si Dajjal (kecil)?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s