Niat Jahat Sarawak Report Terhadap PERMATA

Rahimi Osman – Saya sering terfikir apakah tujuan sebenar orang asing seperti Clare Rewastle Brown dengan portal Sarawak Report seringkali sibuk dengan hal Malaysia. Jika tujuannya benar-benar untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, saya rasa di Malaysia ni masalahnya tidaklah sebegitu teruk. Rakyat masih dapat makan kenyang dan hidup aman, berbeda dengan negara-negara lain yang diperintah secara kuku besi dan rakyatnya hidup melarat serta kebulur.

Orang asing seperti Clare ini bukan seperti badan pemerhati antarabangsa yang lain, kerana dia bersungguh-sungguh fokus menaburkan sepenuh tenaga, masa dan usaha untuk sibuk dalam hal Malaysia. Andainya dia ini benar pejuang kebenaran, lebih baik dicurahkan segala usaha tadi tertumpu kepada negara-negara yang lebih memerlukan.

Apabila saya membaca laporan Sarawak Report yang menyentuh dan cuba mengganggu perjalanan lawatan Datin Seri Rosmah dan anak-anak Permata ke United Kingdom, telah amat jelas pada saya bahawa Clare ini sebenarnya mempunyai agenda jahat tersendiri.

Menyingkap kembali sejarah, pertengahan abad ke 7 hingga abad ke 13 dikenali sebagai Islamic Golden Age atau Era Keemasan Islam. Era keemasan ini bukanlah kerana Islam ketika itu giat meluaskan empayar dan memenangi peperangan, tetapi kerana suburnya ilmu dalam pelbagai bidang seperti matematik, sains, astronomi, perubatan, kejuruteraan, sosial, ekonomi dan sastera.

Ianya bermula dibawah pemerintahan Dinasti Abbasid, dengan tertubuhnya House of Widom (Bait al-Hikmah) oleh Khalifah Al Mansur dan kemudian diperkasakan lagi oleh Khalifah Harun Ar Rashid dan anaknya Khalifah Al Mamun sehingga menjadi sebuah institusi ilmu yang cukup hebat dan masyur. Dari usaha ini, muncul sarjana-sarjana Islam yang pakar dalam pelbagai bidang serta mengangkat martabat umat Islam yang dahulunya dikenali sebagai orang padang pasir, sehingga dikenali sebagai peneroka dan penakluk Ilmu.

Jika mengkaji dan melihat kepada era ini, kita pasti tertanya apa yang telah terjadi kepada Islam sekarang. Orang Islam dilabel sebagai masyarakat yang mundur, tidak berilmu, tidak beradab dan pengganas. Semuanya kerana kita terlupa dan meninggalkan usaha untuk menguasai ilmu termasuk dalam bidang bukan agama seperti sains dan matematik.

Satu kajian statistik yang dilakukan beberapa tahun lepas menunjukkan negara Islam cuma ada 9 orang saintis atau jurutera dari setiap 1000 orang penduduk, berbeza dengan negara lain yang mempunyai 41 orang saintis atau jurutera dari 1000 orang penduduk. Terdapat hampir 2000 universiti dalam negara Islam tetapi hanya lebih kurang 300 sahaja yang sarjananya mengeluarkan artikel jurnal.

Di atas kepercayaan dan keyakinan bahawa Malaysia boleh membawa kembali era keemasan dunia Islam, maka kerja-kerja pemerkasaan ilmu dari awal usia giat dijalankan sejak beberapa tahun lepas. Datin Seri Rosmah, walaupun hebat dikecam dan dikutuk telah berjaya meletakkan batu asas dengan penubuhan PERMATA untuk mendidik anak-anak yang berkebolehan dari awal.

Program PERMATA tidak terhad kepada pendidikan awal kanak-kanak dan seni sahaja, Permata Pintar dan Permata Insan adalah antara program khas untuk anak-anak yang umurnya belasan tahun tetapi mempunyai tahap kecerdasan yang luar biasa. Anak-anak ini ditempatkan dalam kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Pembelajaran anak-anak ini berbeza dengan sekolah biasa, mereka dididik dengan ilmu dan diasuh supaya boleh menjadi sarjana yang unggul dalam usia yang muda. Seawal usia belasan tahun mereka telah diasuh dan diajar oleh golongan pensyarah dan professor. Permata Insan pula agak unik, kerana tujuannya untuk melahirkan golongan sarjana yang mendalami Al Quran dan Sunnah serta mentelaah dan mengkaji ilmu Allah ini untuk dipraktikkan bersama ilmu Sains dan Matematik. Hebat bukan?

Saya secara peribadi telah mendekati anak-anak ini serta pendidik mereka. Mereka cukup luar biasa dan menjadi harapan untuk kita bangkit kembali dalam usaha pemerkasaan dan penguasaan ilmu. Bukan sahaja dari segi geliganya otak mereka, tetapi dari segi adab dan kefasihan bertutur dalam isu orang dewasa.

Apabila Datin Seri Rosmah dan rombonganya membawa beberapa orang anak ini ke United Kingdom, ada yang mula iri hati. Rombongan anak-anak ini berpeluang menjalani aktiviti penyelidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejeruteraan dan Matematik di universiti terkemuka di sana seperti Cambridge, London College University, ICL London dan mungkin Oxford Centre Of Islamis Studies. Jika anak saya mendapat peluang seperti ini, saya sanggup membayar berapa sahaja wang yang diperlukan. Alangkah beruntungnya anak-anak ini kerana semuanya diusahakan oleh kerajaan.

Sarawak Report tidak berdiam diri, mereka mula menjalankan kerja jahat dan busuk hati dengan mengeluarkan artikel tohmahan yang membayangkan kononnya rombongan Datin Seri Rosmah dibiayai dengan wang yang digelapkan dari 1MDB. Dengan mempamerkan artikel jahat seperti ini, mereka juga cuba untuk membuatkan universiti-universiti ini menjauhkan diri dari program Permata dan Datin Seri Rosmah.

Andainya universiti-universiti terkemuka ini termakan hasutan Claire, maka ianya merupakan satu kerugian besar buat anak-anak ini dan juga kita rakyat Malaysia.

Soal berapa banyak dana yang dibelanjakan untuk program seperti ini tidak patut dijadikan satu isu politik. Walaupun terdapat sedikit pemotongan bajet di Malaysia, tetapi peluang meneroka ilmu seperti ini tidak harus dilepaskan semata-mata kerana perlu ikat perut. Sesiapa yang biasa menguruskan syarikat, pasti tahu bahawa walaupun sewaktu pernigaan tidak begitu baik, ‘talent’ sedia ada tidak boleh dilepaskan dan pencarian ‘talent’ baru juga tidak boleh dihentikan. Kerana ianya adalah antara aset strategik terpenting bagi sesebuah syarikat.

Begitu juga dengan anak-anak ini, mereka merupakan aset kita pada masa hadapan. Aset Malaysia, aset umat dan aset rakyat. Perbelanjaan ke arah apa jua usaha untuk mengembangkan lagi minda mereka tidak harus dijadikan isu samada dari segi gaji pendidik, rombongan, keperluan, kampus dan macam-macam lagi.

Hunayn Ibn Ishaq, seorang sarjana dan penterjemah agung ketika Era Keemasan Islam dikatakan dibayar gaji setara atlet professional antarabangsa hari ini untuk menterjemah buku-buku ilmiah Greek ke dalam bahasa Arab supaya dapat dikaji oleh sarajana tempatan. Adakah pemerintah ketika itu bertindak tidak adil dan zalim dengan membayar jumlah yang banyak cuma untuk satu orang manusia? Tidak, kerana ilmu itu tidak ternilai harganya. Kefahaman pemerintah dan rakyat terhadap nilai harga ilmu ini juga merupakan satu faktor utama kejayaan Era Keemasan Islam.

Kita mahu lihat anak-anak Permata dari Malaysia ini mampu menempa nama dengan kehebatan ilmu yang mereka kuasai pada masa akan datang. Tidak kisahlah berapa berlanjanya dan apa kehendaknya untuk menguasai ilmu. Mereka ini akan membawa manfaat besar buat negara ini serta anak cucu kita.

Ini adalah usaha Datin Seri Rosmah sebagai seorang isteri pemimpin, untuk menggembangkan ilmu anak bangsanya. Janganlah kita pula yang bersama dan percaya dengan manusia seperti Claire untuk menjahanamkan usaha-usaha memartabatkan ilmu ini. Perangai Claire ini tidak ubah seperti perangai yahudi Bani Nadhir di Madinah yang cuba menghasut penduduk jazilah Arab untuk memerangi Rasulullah. Mereka ini tidak akan selama-lamanya senang dengan keberadaan kita.

Sebab itu saya juga tidak cenderung untuk percaya ‘pendedahan’ Sarawak Report mengenai 1MDB. Clare ini busuk hati dan dia tidak gembira untuk lihat Malaysia bangkit sebagai sebuah negara Islam yang berjaya. Cuba bayangkan andainya 1MDB berjaya mengatasi segala masalah dan kemelut, TRX pula dibangunkan sebagai sebuah bandar kewangan Islam antarabangsa terbesar dan Malaysia menjadi sebuah kuasa ekonomi di rantau ini. Sudah tentu kejayaan ini menjadi satu mimpi ngeri untuk manusia seperti Claire, maka setiap langkah dan fitnah dibuat untuk menggagalkannya. Apatah lagi jika ada imbuhan besar dan suntikan dana dari tangan-tangan gelap yang juga mahu menghancurkan kita.

Malangnya ada di antara kita terikut-ikut untuk menjadikan Sarawak Report sebagai rujukan untuk menentang kerajaan. Tidak hairan jika pemimpin pembangkang bersikap sedemikian kerana ramainya di antara mereka telah didoktrin untuk wala’ kepada kuasa asing. Tetapi sayangnya apabila ada di antara bekas pemimpin dan penyokong kerajaan yang turut bersama mereka.

Orang asing seperti Clare ini mahu lihat kita gagal seperti negara-negara timur tengah ibarat tanah Libya, Syria dan Iraq. Atas nama menuntut demokrasi dan kebenaran, akhirnya rakyat terhumban dalam kancah peperangan dan kebuluran. Tidak mudah untuk bangkit kembali kerana semuanya hampir telah musnah. Pemerkasaan dan penguasaan ilmu itu tidak mungkin terjadi dalam puluhan tahun mendatang kerana ketika ini sekolah pun tiada. Ya, Claire lebih senang melihat kita merempat dalam khemah pelarian!

Tepuk dada tanya isi hati, apa yang orang asing ini benar-benar sibuk perihal Malaysia? Adakah logik akal kita mengatakan bahawa orang ini ikhlas untuk membantu kita atau sebenarnya ingin menghancurkan kita? Mungkin agak kasar, tetapi bagi saya Claire ini benar-benar adalah orang putih bangsat!

Dan jangan kita rakyat Malaysia menjadi lebih bangsat kerana percayakan orang asing ini. Dia tidak seperti orang asing yang lain kerana dia mempunyai agenda jahat untuk menjatuhkan bangsa kita. Saya harap kita tidak lagi berdiam diri dengan tindakan Clare dan Sarawak Report, saya benar-benar merasakan satu keperluan besar untuk kita perangai habis-habisan dakyah dan fitnah mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s