Racun Pemikiran DAP Punca Pergaduhan Kaum – Chong Choon Hau

AIDCNews– 06/05/17 – Ajaran DAP yang meracuni pemikiran masyarakat Cina bersikap biadap dan tidak menghormati kaum lain merupakan punca pergaduhan kaum di negara, kata Chong Choon Hau.

Chong berkata insiden pemandu Cina yang membunyikan hon bertalu-talu tanpa henti ketika jemaah masjid sedang solat di masjid Austin Perdana, Johor Bharu semalam membuktikan masyarakat bukan Melayu tidak faham sensitiviti umat Islam.

Kenyataan Chong Choon Hau :

Kepada kawan-kawan yang berbangsa Cina, jika anda mahukan Malaysia yang lebih baik dan aman anda perlu tinggalkan DAP. Kerana DAP lah punca kepada perbalahan kaum di Malaysia.

Mainan DAP membuatkan orang Melayu pandang-pandang orang Cina dan orang Cina jeling-jeling melihat orang Melayu. Apabila terlalu lama sangat pendam, pandang-pandang dan jeling-jeling, bila meletup maka terjadilah seperti semalam.

DAP bukan membawa perjuangan ‘Malaysia for Malaysian‘. Tetapi DAP cuba membawa perjuangan ‘Malaysia for Chinese‘. Di mana itu sangat merbahaya dan boleh mencetuskan rusuhan kaum yang lebih teruk.

Beberapa hari lagi 13 Mei akan datang. Di mana tarikh yang kita semua tidak suka. Tarikh yang meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan kaum di Malaysia.

Kenapa terjadinya 13 Mei ?

Juga kerana DAP….

Sejak 1957 UMNO dan rakan-rakannya seperti MCA dan MIC dapat hidup dengan rukun dan damai. Maknanya Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan baik. Melayu pun tak kisah untuk memberikan kerakyatan kepada rakan-rakan mereka yang datang dari negara lain. Melayu sanggup berkongsi bersama-sama untuk membangunkan negara tercinta ini.

Tetapi bila lahirnya DAP pada tahun 1966, rasa tidak puas hati antara kaum mula tersemai di negara ini. Benih-benih perkauman yang disemai oleh DAP itu mula membuahkan hasil pada 1969. Di mana tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei.

Sejarah telah membuktikan kita semua dapat hidup rukun dan damai tanpa DAP.

Tolak DAP Malaysia akan lebih makmur.

Advertisements

2 thoughts on “Racun Pemikiran DAP Punca Pergaduhan Kaum – Chong Choon Hau

  1. Keadaan sentimen antara kaum dan ugama sekarang memang agak panas,kalau tidak di bendung ianya akan meletup.Tak tahu lah siapa yg akan rugi jika ianya berlaku.Kalau berdasarkan kejadian lalu,rasanya org macam saya dan sekumpulan dgn saya mungkin tidak serugi mana,kami tidak punya apa yg boleh menjadi rugi.Kepada orang Cina ,saya merasa sudah sampai masanya kalian menghayati dan kalau boleh beransur-ansur menuruti nasihat sdr.Chong Choon Hua.Terserahlah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s